Nuffnang Adss

Penjejak

Thursday, September 18, 2014

HITAM PUTIH CINTAKU (EPILOG ; BAB 1)


HITAM PUTIH CINTAKU

EPILOG

                Sinaran matahari pada pagi itu membuat aku sedikit bertenaga untuk kembali menyambung aktiviti harian seperti hari-hari yang lalu. Namun, aku berharap agar hari ini lebih indah dari semalam. Sepanjang tiga tahun berada di negara orang membuatkan aku sudah terbiasa berdikari, bak kata orang lama-lama, “Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri”, tetapi aku rasa salah peribahasa itu.  Hujan emas negeri sendiri, hujan batu negeri orang. Kan..kan…

                Jakarta.  Rasanya tidak perlu untuk aku perkenalkan kehidupan di kota ini, kerana sememangnya kota yang penuh dengan warna-warni kehidupan warganya.  Kalau tidak cukup Iman di dada, rasanya aku juga akan hanyut seperti ada segelintir mahawiswa dan mahasiswi yang lain. Berpelisiran sehingga jam dua ke tiga pagi, berparti sana sini… YaAllah.. moga Dikau terus aku dilindungi dari segala yang tidak Dikau kehendaki.

                Cerita hitam putih kehidupan sebagai pelajar bermula di Jakarta selepas aku ditawarkan biasiwa pengajian dari syarikat cari gali minyak di Malaysia memang di tunggu-tunggu.  Menerima tawaran belajar di luar negara bukan sesuatu yang mudah.  Aku terpaksa meninggalkan keluarga di kampung, dengan kesihatan abah yang tidak menentu, tetapi atas semangat mama yang sangat perihatin akan segala pembelajaranku dan aku kira seorang mama yang sangat memahami kehendak hati anaknya, mam melepaskan anak sulungnya ini ke Jakarta seorang diri.  Alhamdulillah, setiap kali hati berdetak sesuatu yang tidak elok, muka mama sering aku terbayang. Mungkin juga petanda Allah, yang walau aku jauh di mata mama, tetapi segala pesan mama, tetap aku ingati di seiap derap langkahku.



BAB 1

Kepadatan  Kota  Jakarta semakin hari semakin aku terasa. Berbeza dengan negara Malaysia, walau padat rakyatnya, tetapi rasa selesa tetap kita rasa walau sedikit.  Renek peluh sudah merembas ke dahi.  Sudah hampir sejam aku berada di stesen bas Kebayoran untuk ke Depok.  Waktu sudah jelas menunjukkan jam 5:30 petang.  Sebentar lagi azan Magrib akan kedengaran.  Aku memandang sekeliling, penuh sesak dengan warga Jakarta yang baru pulang dari bekerja.  Tidak sampai lebih kurang sepuluh minit, azan magrib berkumandang di Majlid Istikhlas.  Tanpa membuang masa aku turun kembali dari ruang menunggu bas, dan terus berjalan kaki ke arah pintu masjid.  Kalau diturutkan kesesakkan lalu lintas di Jakarta ini, memang sehingga jam 12 malam jugaklah aku tak bermagrib.  Kakiku meneruskan perjalanan ke ruang solat wanita.  Bezanya mereka di sini, walaupon mereka tidak bertudung atau baju terdedah, tetapi solat mereka tidak pernah lupa. Usai melipat marhana, aku letakkan kembali ke tempat asal, dan mengatur kembali langkah ke ruang menunggu bas.

Aku duduk di sebelah seorang lelaki berkaca mata, khusyuk benar membaca surat khabar yang berada di tangannya.  Aku tersenyum sendirian, fikiranku ligat mengintai apa yang sedang dibaca oleh lelaki berkaca mata itu. Sibuk benar agaknya lelaki ini, sudah malam baru membelek surat khabar.   Aku tidak mengambil masa yang lama apabila melihat bas ke tujuanku tiba di petaknya.  Aku mengambil tempat di sebelah cermin, senang untuk aku menyandar dan merehatkan diri semetara sampai ke kampus.  Pandanganku tertancap ke kiri apabila melihat lelaki yang sibuk membelek surat khabar tadi mengambil tempat di sebelahku.  Aku toleh ke hadapan, sesetengah dari mereka sibuk tertonjit-tonjit mencari tempat.  Lelaki senyum kambing melihat aku.
“ Balik Depok ke?” sapa lelaki itu.  Aku mengangguk perlahan.  Aku kembali membuang pandangan ke luar.  Di sini waktu magrib tiba jam 5:40 petang, dan suasana sudah gelap, berbanding di Malaysia, jam 7:00 malam baru suasana gelap.
“ Pelajar Universitas Indonesia ke?” tanya lelaki itu lagi.
“ Yup”, jawab aku pendek.  Aku melihat lelaki itu dari ekor mataku.  Dari gayanya, mungkin dia bukan seorang pelajar.  Dari baju ke seluar ke kasut dan talifon bimbitnya, mengalahkan orang yang sudah bekerjaya.  Tetapi mana tahukan, anak orang kaya, atau ada sugar mummy ke..  Aku bermonolog sendirian.
“ Nama saya Iman Arsyad..”, ucapnya dengan berjeda.
“ Owhhh.. Saya Medina Umairah, can call me Dina only”, aku berbasi memperkenalkan diriku.
“ Sedap nama..”, puji lelaki tadi, ntah ikhlas ntah tidak, aku bermonolog lagi.
“ Tak payah puji lebih-lebih, bukan saya ada duit pon nak bagi awak”, selamba sahaja aku menjawab, tak saying mulut betul aku ini. Lelaki itu hanya tersenyum.  Rasa berasalah menjalar dalam diri apabila melihat lelaki itu membaca semula.  Aku menghela nafas panjang.  Waktu sebegini kalau berada di atas jalan raya, memang cari nahas dengan traffic jammed.
“ Rasanya awak bukan pelajar kan?” Aku bertanya kepada lelaki tadi.  Apa nama dia sebut tadi..lupa daa..
“ Saya bukan pelajar.  Bercuti dekat sini.” Lelaki itu melemparkan senyuman manis.  Sekali imbas macam Afgan, ala penyanyi Indonesia yang ganteng itu.
“ Owh.. Bercuti.. Kerja apa?”, soalan aku gaya seperti gangster sahaja lagaknya.
“ Biasa-biasa aje.  Buat sarjana muda ke di UI?”, aku mengangkat kening..
“ Muka saya ada macam pelajar sarjana ke? I’m doing Master in Psychology”, jawab aku ada sedikit nada tidak puas hati. Penat aje mama abah bayar mahal-mahal yuran Master aku, dia boleh cakap aku buat Sarjana?? Memang nak kena debik betul mamat ni.
“ Oh I see. Sebab muka you tak macam muka student Master”, lelaki itu gelak kuat.  Ini membangkitkan kemarahan aku.  Aku segera mengalihkan pandangan ke luar bas kembali.  Malas sudah nak layan mamat ni, sakit pulak hati kita ni.

Tanpa aku sedar, bas sudah tiba di hadapan kampus, sebelum aku turun, lelaki itu sempat meghulurkan sekeping kertas bertulis nama dan nombor talifonnya.  Aku lihat sekali imbas dan memasukkannya ke dalam beg.  Aku juga sempat melihat bas yang membawa lelaki itu berlalu dari perkarangan kampus.  Entah kenapa hati ini rasa tak menentu pula melihat cara dia, gaya dia, perwatakkan dia, macam orang baik-baik, tapi mama selalu pesan, don’t judge book by its cover, dan masa itu juga mama talifon aku.  Aduh mama ni, macma tau-tau aje aku tengah ingatkan dia.

                                                               
                                                                                                 BERSAMBUNG BAB 2.........-NURIS-





No comments:

Post a Comment