BAB 5
Ruang legar Bandara Soekarno Hatta International aku
lintasi. Jakarta, finally arrived
after delay three hours. Udara pagi itu aku hirup. Aku berjalan menuju ke tempat parking
teksi, di sini, public transport memang mudah untuk di dapati
terutamanya teksi. Terdapat pelbagai
jenis teksi yang berada di sekitar bandar Jakarta. Jika mahu yang selesa, boleh menggunakan Silver
Bird, jenis kereta yang dipakai adalah first class transport seperti
Mercedes Benz, untuk jenis second class tetapi masih dalam
keadaan selesa adalah blue bird, dan jenis kenderaan yang digunakan
adalah toyota vios. Untuk
membezakan teksi blue bird dan teksi yang lai adalah, teksinya berwarna
biru. Untuk merpati transport,
teksinya berwarna putih. Teksi blue
bird memang selalunya mengikut meter.
Untuk permulaan perjalanan akan dicas RP 7.000 bersamaan lebih kurang RM
3.00. Kebanyakkan kenderaan selain blue
corporation, akan mengenekan cas yang lebih tinggi, dan ada di antara mereka
juga mengenakan cas lump sum, bergantung kepada pemandu. Jarang sekali untuk kita perolehi
pemandu yang betul-betul amanah.
Ruang
Airport sudah aku lepasi, dan kini menuju ke Stesen keretapi Jakarta Kota. Seperti di Malaysia, Keretaapi Tanah Melayu
(KTM) ditugaskan untuk mentadbir perjalanan, di Indonesia, PT Keretaapi Indonesia
(PERSERO) ditugaskan untuk mentadbir perjalanan di sini. Untuk sekali perjalanan dari Jakarta ke Depok
di cas RP 9.000 dalam lingkungan RM 4.00.
Keretaapi Depok Ekspres ini adalah komuter ekspress dari Stesen Depok ke
Stesen Jakarta Kota dan Stesen Tanah Abang.
Keretapi di sini tidak sehebat seperti LRT di Malaysia, malah jika
dibandingkan dengan KTM di Malaysia pon jauh sekali bandingannya, namun masih
lagi dilengkapi aircond. Keadaan luaran
setiap keretapi di sini agak uzur kelihatan kerana menggunakan bekas dari zaman
Jepun dahulu.
Untuk
sedikit pengetahuan mengenai Stesen Depok (DP), ia merupakan stesen keretapi
yang terletak di Jl. Stasiun, Pancoran Mas Depok. Stesen ini berada di Daerah Operasi I
Jakarta. Ada sebahagian dari mereka
menyebut stesen ini Depok Lama, dan ia juga merupakan salah satu stesen tertua
di Wilayah Jabodetabek. Kearah selatan
dari Stesen Depok ini terdapat sebuah depo KRL, yang merupakan laluan terbesar
di Asia Tenggara, dan tujuan akhirnya akan ke Bogor. Panjang pula aku bercerita mengenai stesen
ini. Tanpa membuang masa, setelah sampai
di Stesen Jakarta Kota, aku segera ke kaunter tiket dan mengambil jadual perjalanan
paling cepat iaitu jam 11:32 pagi, iaitu 15 minit dari sekarang. Aku segera menaiki tangga ke terminal. Kelihatan hanya beberapa orang yang sedang
menunggu train tiba. Hampir 10 minit
kemudian, aku lihat keretapi dari arah Tanah Abang sampai di stesen. Aku lihat tempat duduk hamper penuh. Mungkin juga hari ini hari Ahad, hari warga
kota berliburan. Kalau aku pulang ke Depok
dengan menaiki teksi, agaknya apalah nasib aku, agaknya masih dalam teksi
berperang dengan kemacetan. Sepanjang perjalanan, keretapi akan melalui
belakang rumah orang awam. Di sini,
agaknya mereka sudah terbiasa, tiada di bina pagar besi untuk menghindar
anak-anak kecil dari bermain dari kawasan laluan keretapi. Malah, anak kecil di sini sudah mengerti,
jika tanda merah terpancar, itu bermaksud ada keretapi akan melintasi kawasan
rumah mereka. Kalau hendak di bandingkan persekitaran, keselamatan dan
kemudahan di sini, jauh lebih baik kemudahan di Malaysia. Di Indonesia, harga petrol amat
mempengaruhi apa jua jenis pasaran. Seperti baru-baru ini, harga petrol kembail
meninggi satu liter sekitar RM 3.15. Dari kekangan kenaikkan harga petrol, maka
segala jenis perusahaan yang menggunakan petrol juga naik, tidak perlu pergi
jauh, harga tiket keretapi ini sahaja sudah memadai. Dari
RP 4.000 naik terus ke RP 9.000, itu belum lagi sector pelancongan, yang
dikhabarkan harga penyewaan kenderaan dan makanan juga turut melambung. Selalu sahaja warga Indonesia mengadakan mogok
andai harga barangan naik, namun pihak berkuasa di sini tidak ambil endah akan
pandangan orang bawahan. Itulah
kehidupan.
Lamunanku
terhenti apabila mendengar penguguman dari seorang staff, keretapi sudah
mendekati di Stesen Depok. Jam di tangan
di telek, jam 12:30 tengahari, sudah masuk waktu zohor. Aku segera ke surau di tingkat bawah. Usai tiba di surau, aku mencari di sudut
penjuru, supaya aku boleh duduk berehat sementara menunggu Badria tiba. Saat ini bumi Depok hujan, tanah hitam
jadi lecak. Aku mengintai di sebalik
jendela di dalam surau. Duit di dompet
aku kira, hampir RP 1 Juta, cukup bekalan untuk dua minggu. Bertatih di
Negara Bung Karno-Hatta ini menjadikan aku anak yang tahan diuji, Bukan mudah untuk meneruskan pengajian di
sini. Benar, kos pengajiannya mungkin
lebih murah berbanding di Malaysia, namun aku harus mempersiapkan diri menjadi
seorang mahasiswi yang istiqamah dalam usahanya. Di sini, para dosen universitasnya amat tegas
meladeni ulah para mahasiswanya.
Kesusahan, mendidik mereka gigih berusaha. Jujurnya, aku melihat cahaya yang terang
sedang menanti Indonesia yang “baharu”.
“ Maaf buk, Ibu tinggal
di Depok?”, sapa seorang wanita sekitar 30 an menyapaku dengan ramah. Saat itu aku sedang menunggu turn untuk solat,
kerana ruangnya agak kecil.
“ Iya. Saya mahasiswi
di UI buk”, jawab aku sambil tersenyum.
“ Wah.. UI.. sudah
tentu ibu ini pandai ya..”, wanita itu memegang tanganku sambil tersenyum
lebar. Di sini, UI atau nama popular
bagi Universitas Indonesia begitu gah namanya, sama seperti gahnya Universiti
Malaya di Malaysia.
“Mana ada buk,
biasa-biasa saja”, jawab aku merendah diri.
“ Maaf buk, siapa
namanya ya?”, wanita yang baharu aku kenali itu begitu ghairah berkenalan
denganku. Novel Perempuan Yang Aku
Cintai adikarya Acik Lana yang sedang aku teliti terpaksa aku tanggujkan dahulu
pembacaannya. Terpaksaah aku melayani
kehendak rakan baharu ini.
“ Maaf, enggak memperkenalkan diri saya dari
awal. Nama saya Medina Umairah,
bisa panggil sahaja Dina. Namanya ibuk?”,
giliran aku pula bretanya, asyik dia sahaja menyoal aku itu dan ini dari sedari
tadi. AKu memanggilnya ibuk kerana
usianya agak lebih tua dari aku.
“ Sya Maudy Ayunda,
mahasiswi S3 (master) di UI dalam jurusan Administrati Perniagaan. Asal saya dari Sulawesi buk. Saya menyewa dekat-dekat situ juga. Apa ibu pernah pergi ke Sulawesi?” dia
memberikan penerangan yang agak panjang.
Wanita bertubuh renceng dan berkulit putih ini aku perhatikan sekilas
lalu. Fesyen di Indonesia bertudung memang
tidak lari dari wanita ini, dan juga ransel (beg sandang) berwarna ungu
tersangkut di pundaknya.
Lalu sebagai menandakan
tertautnya ikatan persahabatan antara dua Negara satu bangsa dan juga satu
agama, aku menghulurkan tangan. Salam
perkenalan kami petang itu di bumi Jakarta Selatan terus berlarutan dengan
perbualan yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan. Ternyata, aku mendapat banyak informasi menarik
mengenai Negara Indonesia ini dari Ibu Maudy yang layak aky bahasakan sebagai “kakak”
sahaja.
Aku rasa hampir setengah
jam perbualan kami berterusan sehingga kelibat Badria masuk ke surau. Aku
mengerjakan solat Zuhur dahulu sebelum berpamitan dengan wanita itu untuk
pulang ke asrama. Lagi dua hari kertas
pertama aku bermula, aku perlu study.
Satu-satunya harapan mama dan abah untuk melihat anaknya ini berjaya
tidak akan aku persiakan. Moga Allah
tuntuni segala perjalanan hidupku.
No comments:
Post a Comment