BAB 6
Tengahari itu, aku, Badria dan Fawaz singgah di kedai
makan bakso siang yang terletak di hadapan fakulti. Kelihatan hanya segelintir para pelajar di
sekeliling kawasan kampus. Kebiasaannya
musim-musim peperiksaan begini, para pelajar lebih senang berliburan dari duduk
di kampus. Saat akhir barulah mereka
mula mencari nota-nota terdahulu. Hari
ini perkhidmatan Bikan tergendala akibat bas yang rosak. Jadi terpaksalah kami menapak sehingga ke
kedai makan ini. Fawaz kata tidak
mengapa, exercise. Fawaz adalah
rakan belajar kami. Karekter Fawaz agak
lembut, tetapi pelajaran tip top. Dia
berasal dari Kedah. Siapa sangkakan, di
Malaysia tak pernah bertemu, malah di Jakarta ini pula menjadi study partner.
Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Aku
melihat keadaan sekeliling kampus. UI
ini banyak ceritanya. Ia mula di bina
pada tahun 1849 oleh pemerintahan Hindia Timur Belanda. Pada waktu itu, UI di kenali sebagai School
of Medicine of Javanese. Tujuan dibina pada waktu itu adalah kerana
ingin melahirkan doctor-doktor pakar. Pada tahun 1989, UI di kenali pula dengan nama
STOVIA. Pada tahun 1924, pemerintahan
kolonial Belanda mendirikan RHS ( Sekolah Badan Hukum Indonesia). RHS inilah yang bertukar ke nama Fakultas
Hukum UI sekarang ini.
Setelah mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos
1945, pemerintahan Indonesia mendirikan BPTRI (Badan Pendidikan Tinggi Republik
Indonesia) di Jakarta. Pada akhir 1945,
pemerintah klonial kembali menguasai Jakarta.
BPTRI terpaksa berpinda ke luar dari Jakarta. Pada saat itu, pemerintahan Belanda
mendirikan Universitas Sementara di Jakarta.
Kemudian pada 21 March 1947, setelah Jakarta kembali dikuasai oleh
pemerintah Indonesia, BPTRI diberikan wewenang (kuasa) untuk mentadbir STOVIA (School
of Medicine for Javanese), RHS, Universitas Sementara dan sekolah-sekolah
yang lain. Akhirnya, BPTRI menggabungkan
semua sekolah itu menjadi Universitas Indonesia. UI secara rasminya ditubuhkan pada 2 Februari
1950. Pada saat itu, UI hanya mempunyai
9 fakulti dan 3 lembaga yang tersebar di pelbagai kota. Kemudian, fakultas-fakultas tersebut menarik
diri. Tanggal 2 March 1959, Fakultas
Teknik dan Fakultas Ilmu Pengetahuan Alam yang ada di Bandung menarik diri, dan
sehingga kini menjadi Institut Teknologi Bandung. Pada 1 September 1963, Fakultas Kedoktoran
Hewan UI dan Fakultas Pertanian di Bogor pula menarik diri dan menjadi Institut
Pertanian Bogor. Begitu juga untuk
beberapa fakulti yang lain menarik diri menjadi Universitas Airlangga,
Universitas Hassanudin, dan Universitas Negeri Jakarta.
Pada tahun 1965, UI terdiri daripada tiga
kampus, iaitu di Selamba, Rawamangun dan Pegangsaan. Namun, pada tahun 1987, sebahagian fakultas
yang berada di Salemba dan Rawamangun mendirikan kampus baru di Depok. Sehingga kini akhirnya UI hanya di
Salemba dan di Depok.
Untuk Fakltas
Psikologi, sekitar 90% warga kampus Psikologi adalah perempuan, dan kebanyakan
dari mereka sangat-sangat pandai. Lelaki
hanya 10% termasuklah si Fawaz yang lembut ini.
“ Tadi macam nak hujan,
ni panas pulak”, aku ngomel sendirian.
“ Apa kata kita naik speda? Cepat sikit..
Aku mana boleh jalan panas-panas macam ni, hanguslah kulit aku”, si Fawaz sudah
bermain drama.
“ Tapi kalo lagi panas
kayak gini sih, belum sempet masuk kelas udah basah kuyup kaos lo pade”, jawab
Badira dengan slang Jawanya.
“ Kalo gitu, kau orang
berdua tidur aja di sini, aku mau balik dulu dong… Malas aku nak layan korang
berdua ni, kalau nak ikut, jom gerak sekarang”, aku sudah mengatur perjalanan
selepas membuat pembayaran. Kalau diturutkan
idea merapu mereka berdua ni, memang sampai ke petanglah aku tak balik asrama.
Tiga tahun di Jakarta membuatkan aku lebih faham
bahasa jawa mereka. Pengalaman pertama
kali di UI, masa itu aku belum temui mana-mana rakan lagi. Aku sibuk bertanya di mana bilik pensyarah
itu dan ini, rupanya mereka tidak faham.
Malah ketika ujian Potensi Akademik di adakan, dan menyoalnya dalam
bahasa Indonesia, aku sangat stress.
Kenapalah tidak ditulis dalam bahasa English. Dari saat itu, aku saja bercampur dengan
rakan-rakan dari Indonesia untuk memahami percakapan mereka. Badria juga rajin mengajarku bahasa
ibundanya. Jadi sekarang aku tidak
berasa kekok sangat, walau tidak semua perkataan mereka aku faham, tapi cukup
untuk buat aku survive kehidupan di sini.
Tidaklah seperti ayam bercakap dengan itik.
Malam itu aku
terima panggilan dari Iman. Hati ada
sedikit bergetar apabila menerima panggilan darinya.
“Assalamualaikum..”,
aku memulakan bicara apabila mendapati talian
di sebelah sana menyepi.
“ Waalaikumussalam. Ingatkan tak ada orang tadi..”, jawab Iman
dengan sayup, kedengaran juga gelak taw kecil.
“ Ada apa En Iman yang boleh saya bantu?”, aku
memformalkan keadaan.
“ Tak perlulah formal
sangat. Just call me Iman.. Kalau nak
formal lagi, mungkin boleh call “abang” ke..”, Iman menekankan perkataan abang.
“ Saya tengah study ni
encik. Encik ada apa-apa yang penting
ke? Kalau tak ada, saya nak sambung study”, aku sengaja memotong
percakapannya. Study sangatlah kau Dina,
padahal tengah layan cerita Opera Van Java.
“ Owhh.. Maaf
Dina. Saya flight ke Jakarta lagi
dua hari. Saya dapat tau yang paper
awak last esok kan?”, Iman berjeda panjang ingin melihat respon Dina.
“ So?”, Dina
mengangkat keningnya. Call aku
jauh-jauh semata-mata nak bagi tahu pasal flight dia? Kau da kenapa?
“ So, I want to meet
you. Sabtu nanti I akan tunggu you
dekat Pacific Place, Jakarta 4pm.
I sebenarnya nak kawan you, tapi I takut you tak suka I. I nak kenal dengan you Dina. I ikhlas. Kalau you rasa you boleh accept
I jadi kawan you, I know you akan datang. I akan tunggu you Dina. 4pm. Pacific Place.
Maaf ganggu you malam-malam macam ni.
Allah je yang tahu macam mana perasaan I nak kenal dengan you. Assalamualaikum. Good Night Princess”, tanpa sempat
Dina berkata sepatah apa pon, Iman sudah mematikan talifon.
Teruk sangat ke aku ni? Tapi tak gentle langsung
tak bagi aku cakap apa-apa.. Tengoklah macam mana nanti.. Dina meletakkan
handphonenya di atas katil, nak menyambung Opera Van Javanya.
No comments:
Post a Comment