BAB 3
Kulliyyah
Ibu Sulastri tengahari itu tamat jam 12:30 petang. Aku terus berkemas dan ingin terus pulang ke
bilik. Flight pulang ke
Malaysia jam 7:00 malam. Kami diberi
seminggu cuti semester untuk mengulangkaji pelajaran sebelum tiba final examination. Badria termengah-mengah di belakang
mengejarku.
“ Kau dah kenapa Dina, jalan terus laju, macam
robot aku tengok”, ngomel Badria.
“ Aku kena ada dekat bandara jam 3:00 petang la
Bad, kalau lambat, masak aku. Tiket flight
baru dah la mahal”, aku berhenti seketika menunggu Badria mara ke hadapan.
“ Kalut sangat kau ni Dina”, Badria mengelap
peluhnya yang menitik.
Kebetulan pada masa itu, Bas Kuning atau dikenali
di sini dengan nama (Bikan) melintasi kami, segera aku tahan, dan naik. Bikan adalah pengangkutan rasmi di sini dari
jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam. Jika
angin malas ku datang, Bikan adalah pengangkutanku, kalau angin rajin melanda,
satu kampus aku pusing dengan jalan kaki.
Jam menunjukkan 3:30 petang. Alhamdulillah, selamat sampai di Bandara,
Terminal 2 jam 2:45 petang tadi. Terus
aku ke kaunter check in baggage untuk mendaftar beg yang aku bawa. Selepas tiba di asrama tengahari tadi, aku
dan Dina terus mengangkat beg dan keluar dari kampus. Aku mengambil keretapi ke Kota Jakarta, dan
Badria ke arah Bandung. Aku sengaja
tidak menaiki teksi kerana aku tahu, jika aku menaiki teksi memang aku menempah
maut dengan menghadap traffic jammed waktu sebegini. Lagipon, penjimatan kos juga boleh dijimatkan
dengan menaiki keretapi sebanyak Rp 100,000 lebih kurang RM 30.00. Kehidupan sebagai pelajar memerlukan aku
lebih berjimat cermat bukan sahaja dengan kos di kota ini yang agak tinggi
tetapi penjimatan masa.
Aku meninjau-ninjau sekitar deretan kedai di
airport. Aku singgah di kedai serbaneka
membeli snek untuk dikunyah. Jam di
tangan dikerling sekilas. Tiba-tiba aku
baru teringat, aku belum menunaikan solat Asar lagi, waktu sudah mahu
menjangkau ke jam 4 petang. Terus aku
meluru ke surau di aras 2. Sedang aku
gopoh melangkah, tiba-tiba aku terlanggar susuk tubuh seorang lelaki yang
memakai baju putih. Beg dan topi yang
dipegangnya terjatuh ke atas lantai.
Cepat-cepat aku menolongnya mengutip, aduh,..malunya nak angkat muka,
ceroboh sangat kau ni Dina.
“Maaf pak, saya nak
cepat. Tak sengaja”, aku mengembalikan kembali beg yang ku kutip tadi.
“ It’s ok”,
lelaki itu membalas. Aku kaget.
Lah, mamat yang aku jumpa dekat stesen bas hari itu.
“ Eh, awak. Kenapa macam rushing je tadi?”,
lelaki itu terus perhatikanku. Aku mengecilkan
mata, dari atas ke bawah aku pandang. Mamat
ni pilot ke? Gila handsome. Afgan aku pon kalah macam ni. Aku bermonolog
sendirian.
“ Sebenarnya, saya nak
ke surau ni. Saya nak solat Asar”, aku
memberitahunya jujur. Ye la, lupa tujuan
asalku hendak ke surau tadi. Aku menepuk
dahi.
“ Patutlah. Nak pergi somewhere ke ni? Tak kan nak sopping dekat airport?”,
lelaki itu tersengih, sambil menaikkan keningnya sedikit.
Aduhai, lama-lama pandang wajah handsome
lelaki dihadapnnya ni, boleh tergugat Iman aku.
“ Nak balik Malaysia.
Tak apelah awak eh, saya ke surau dulu. Nanti dekat akhirat, malaikat tanya kenapa
saya lambat solat Asar hari ini, awak yang akan dipersalahkan, sebab ajak
berbual”, selamba badak aku menjawab.
“Hahahaha… Baiklah. Nice
to meet you clumsy girl”, lelaki itu gelak besar.
What the fish??
Clumsy girl?? Tetapi seminit kemudian aku tersenyum.
Aku berlalu
selepas itu dan terus menuju ke surau.
Dalam otak fikiranku berkira-kira mengenai lelak itu. Patutlah smart semacam, pilot
rupanya. Handsome jugak, tapi
sayang mulut tak ada insurance. Kalau jadi suami aku, tahu la macam mana
aku nak insurancekan mulut kau.
Eh, sampai ke situ pulak fikirnya kau Dina, sudah, jom solat.
No comments:
Post a Comment