Nuffnang Adss

Penjejak

Friday, September 19, 2014

HITAM PUTIH CINTAKU (BAB 4)

BAB 4

                KLCC. Rasanya, hamper enam bulan tidak menjejakkan kaki ke sini.  Rindunya Malaysia.  Aku tersenyum puas.  Hampir tiga hari sudah aku pulang ke Malaysia. Berbaki tiga hari untuk aku pulang ke Jakarta kembali.  Revision untuk final exam lebih kurang 40% yang tinggal.  Apa khabar agaknya Badria di sana.  Kali terakhir aku skype dengan gadis itu dua hari lepas.  Dina kalau pulang ke Malaysia, memang dia lupa segala-galanya di Jakarta. 

                Naqib dan Fiska menemaniku berjalan-jalan petang ini.  Nyaman sungguh sih sebegini.  Aku tersenyum sendirian.  Fiska adalah adik keduaku, manakala Naqib adalah adik bongsuku.  Memang sudah terbiasa aku pasti akan meluangkan sedikit masa untuk mereka bila pulang ke Malaysia. Mama dan abah kata hendak berdua-duaan di rumah.  Aku tersenyum lagi.  Talifon dari kocek beg tangan aku ambil untuk membuka facebook.  Di belakang talifon, terselit kertas kecil.  Aku amati isi kertas itu.  Nombor talifon dan tertera nama “Iman Arsyad”.  Ingatan teralih pada dua kali pertemuan dengan lelaki itu.  Dasar lelaki, jumpa perempuan, bagi nombor talifon. Taktik hendak mengurat la tu. Aku mencebikkan bibir, orang tua kata, kalau jodoh tak kemana.  Jadi no point la aku kena simpan nombor mamat ni.  Kertas kecil itu aku renyukkan dan membuangnya ke dalam tong sampah.

                Old Town White Coffee menjadi pilihan kami apabila Naqib mengadu lapar.  Seronok benar mereka berdua apabila di bawa jalan.  Abah kami seorang yang sangat tegas.  Mungkin juga sebab abah adalah bekas askar wataniah.  Jadi kami bertiga telah didik dengan penuh disiplin.  Jika dulu, setiap kali matapelajaran merosot, kami tidak akan di beri duit sekolah.  Jika kami mendapat keputusan cemerlang, abah pasti akan beri ganjaran.  Abah juga seorang yang pendiam, tetapi jangan bangkitkan kemarahannya.  Berbanding mama seorang yang peramah, dan kalau mama marah, kami yang ketawa.  Mama pesara guru.  Selepas membuat pembedahan tonsel di tekaknya, mama terus berhenti kerja.  Beza kami tiga beradik adalah empat tahun.  Mama dan abah sangat mendisplinkan anak-anaknya.  Berbanding Fiska, Naqib seorang yang amat cerdik.

                Aku melambai-lambai ke arah Fiska dan Naqib apabila melihat mereka tercari-cari kelibatku.  Pandanganku beralih arah apabila melihat sesusuk tubuh menghampiri meja kami. 

“ Assalamualaikum Medina Umairah”, sapa lelaki itu.
“ Waalaikumussalam, awak lagi? Awak ekor saya ya?”, aku menembaknya dengan soalan itu.  Iman Arsyad.  Lelaki ini memang sengaja ikut aku kea pa? Baru tadi aku buang nombor talifonnya.
“ Hahaha… perasan awak ni kan.  Sebenarnya talifon saya jatuh tadi, saya nak talifon kawan saya, sebab sudah janji dengan dia, handphone pula tak ada coverage”, lelaki itu menunjukkan iphone 5 nya yang hitam.
“ Jangan guna lama-lama, habis kredit saya nanti”, aku berasa sedikit curiga dengan permintaan Iman, tetapi pada masa yang sama, tanganku mencapai handphone di dalam beg.  Harap aje handphoen mahal, tapi apa pon tak boleh.
Aku melihatnya menekan-nekan keypad talifon dan bercakap-cakap dengan pemanggil.
“ Terima kasih. I think next time I should treat your lunch.  Just call me if your free ok?”, Iman memulangkan semula handphoneku.
“ Terima kasih, tak perlu.  I tak rasa kita jumpa lagi. Ok bye”, kejam sangatkah aku ni, sudahlah tak pelawa dia duduk sekali, ini menghalau lagi.
“ Apa akak ni, ajakah abang tu makan”, ujar Naqib yang kurang selesa dengan sikapku.
“ Tak apalah dik.  I think I should go, next time InsyaAllah..”, Iman berlalu selepas berpamitan.  Aku diam.  Kacau jiwa betul mamat ni, aku tengah selera hendak makan tadi.  Aku sebenarnya, tidak suka dengan lelaki yang cuba mendekati.  Mungkin juga sebab pengalaman lepas, walaupun hanya cinta monyet di alam persekolahan, tetapi impak ditipu berkali-kali buat aku betul-betul serik dengan insan bernama lelaki.

                Malam itu selepas makan malam bersama seisi keluarga, aku meluangkan masa berbual dengan mama. 

“Mama, Dina dah nak balik dah lusa, kejapnya kan?”, aku memegang tangan mama.
Rindu benar pada insan yang mengandungkanku selama 9 bulan, melahirkanku, menyusukanku, dan yang paling penting mendidikku sehingga aku sekarang da besar panjang ini.
“ Lagi berapa lama Dina dekat sana?”, lagi dua bulan, lepas tu cuti semester mama”, aku menjawab pertanyaan mama.  Nampak wajah mama sedikit sugul, mungkin sedih anak sulunhnya ini akan pulang beberapa hari lagi.  Jika nak dibandingkan, wajah aku memang tidak mengikut wajah mama, mama berwajah jawa cina, aku mungkin lebih mengikut wajah abah.
“ Dina kena belajar rajin-rajin, kita bukan dari keluarga kaya-raya, ilmu itu harta kita saying.  Mama selalu pesan dekat semua anak mama, jaga diri, ingat Allah, jangan tinggal solat. Faham?”, mama selalu mengingatkan anak-anaknya tentang nasihat ini.
“ Dina sentiasa ingat mama”, aku memeluk bahu mama.  Sayangnya aku pada insan ini, hanya Allah sahaja yang tahu.


                “Apa semua ini Imran?  Kau selama ini main-mainkan aku?”, muka aku sudah kemerahan menahan marah.  Aku paling benci ditipu dengan cara yang paling keji sebegini. 
“Depan aku, kau bukan main tunjuk alim, siapa perempuan ini?”, suara aku sudah menggila.
“ Dina, dengar dulu apa saya nak cakap”, Imran merayu.  Mukanya sudah pucat lesi.  Mungkin terkejut taktiknya menduakan aku selama ini sudah terbongkar.  Saat itu aku rasa akulah insan paling bodoh di dunia ini.  Sebelum ini, ramai rakan sekelasku sudah memberitahuku, cuma selagi aku tidak nampak dengan empat mata ini, aku tidak mahu percaya.  Tetapi hari ini, Allah sudah singkap segala-galanya.
“ Oklah macam ni, aku rasa selama ini aku buta menilai perangai kepura-puraan kau depan aku.  Aku tak mahu jadi perempuan yang rendah moralnya sebab perangai buruk kau ni.  Mulai sekarang, kau boleh berambus dari hidup aku.  Aku jijik tengok muka kau Imran.  Kalaulah aku lelaki, memang dah lama kau aku debik”, aku menenagkan diri yang sedang tertekan.
Kelihatan perempuan disebelahnya tertunduk malu.  Manakan tidak, junior sekolahku, panasnya hati aku waktu itu.  Sebelum ini, memang aku pernah dengar cerita tentang mereka, tetapi aku buat tidak ambil peduli.  Sebab padaku Imran adalah seorang yang disegani di sekolah.  Dia bukan sahaja ketua pengawas, malah dia juga aktif bersukan.  Kalau di sekolah, dialah pelajar kesayangan guru-guru. 
Aku berkenalan dengan Muhammad Imran seawal tingakatan empat, apabila aku memasuki sekolah berasrama penuh.  Dia banyak membantuku dalam pelajaran, dia juga yang mencalonkan namaku menjadi pengawas semasa di tingkatan lima. Perasaan kagum kepada prestasi pembelajarannya bertukar menjadi sayang.  Tetapi dalam kepandaiannya itu, terselit beberapa cerita mengatakan dia playboy.  Cuma pada waktu itu, aku belum nampak dengan mata kepalaku, jadi aku tidak hiraukan apa jua cakap-cakap belakang, dan sekarang, semua bukti sudah di depan mata. 
Wajah hitam manis juniorku aku renung.   Tidak ada guna kau terjerit-jerit Dina, mungkin dia bukan jodoh untuk dikau.

                Waktu datangnya kemaslahatan itu, aku agak stress.  Tetapi pesan mama dan harapan abah untuk melihat aku berjaya sentiasa aku ingat.  Selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, aku mendapat tawaran menyambung pelajaran ke UiTM dan terus terbang ke Jakarta untuk meyambung Master.  Luka dahulu masih ada parutnya.  Perasaan sayang pada Imran sudah tiada, cuma luka masih terasa.  Segala penipuannya terlayar setiap kali ada cuba lelaki datang mendekati.  YaAllah, moga Dikau hapuskanlah kesengsaraan yang aku rasai ini.


          Lamunanku terhenti apabila bunyi talifon bimbit berbunyi.  Nombor tidak dikenali di skrin pemapar.  Aku biarkan dari deringan yang panjang berbunyi itu berhenti.  Sekali lagi talifonku berbunyi.
“ Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan Medina?”, suara garau pemanggil kedengaran.
“ Waalaikumussalam, yup, speaking’, jawabku ringkas.
“ Tak kenal ke?”, suara garau itu berteka teki pula.
“ Siapa ni? Jangan nak main-main boleh tak?”, suar serius aku sudah bertukar.
“ Iman Arsyad speaking here.  Awak ni memang setiap hari bendera merah ya?”, kedengaran ketawa halus dari lelaki itu.
“ Mana awak dapat nombor saya ini? Awak buka buku directory mana?”, pelbagai pertanyaan bersarang di benakku.  Mana pula mamat ni dapat nombor aku.
“ Bukan ke awak yang bagi?”, ketawa Iman membuat hatiku makin sakit.
“ Ada apa-apa lagi nak cakap? Saya dah mengantuk sangat”, aku menguap sekuat hati seolah-olah memang terlalu mengantuk.  Buruk benar perangai kau Dina menguap macam tu.
“ Oklah.  Good nite.  Sweet dream princess. Assalamualaikum.”, aku terpana apabila Iman mengucapkan sweet dream princess.  Talifon bimbit yang sudah dimatikan itu, aku amati perlahan.  Lelaki ini ingat aku akan cair secepat itu? Dasar lelaki.  Aku mencampakkan talifon bimbitku di atas meja, dan terus menunaikan hajat tidur yang tertangguh sebentar tadi.


No comments:

Post a Comment