Nuffnang Adss

Penjejak

Thursday, September 18, 2014

HITAM PUTIH CINTAKU (BAB 2)


BAB 2

                Pagi itu pihak fakulti mengadakan seminar kerjaya bertempat di Wisma Makara atau dalam bahasa Melayunya dewan seminar.  Rasanya hampir tiga tahun menetap di bumi Jakarta ini, aku juga sudah terbiasa dengan sesetengah perkataan dan bahasa mereka.  Manakan tidak, majoriti rakan sekuliahku datang dari segenap pelosok Indonesia.  Ada yang berbangsa jawa, sunda, minang, batak, papua, ambon dan aceh.  Malah ada juga minoriti yang datang dari Malaysia dan Brunei.  Walaupun ada sesetengah dari mereka memang menggunakan bahasa jawa yang pekat, tetapi itu tidak membuatkan jurang persahabatan kami terlalu jauh.  Selama tiga tahun ini aku cuba belajar bahasa mereka.  Kiranya, walau tidak banyak yang aku faham, tetapi untuk bekalan bercakap dengan nenekku yang juga berasal dari Jawa Sumatera itu sudah memadai.

                Kami di asingkan mengikut fakulti dan di berikan kumpulan kecil mengikut tahun pengajian.  Badria atau nama sebenarnya Dewi Badria Ananda adalah salah seorang rakan baikku semenjak dari tahun pertama lagi.  Gadis kacukkan belanda dan sunda itu sering menemani aku ke mana sahaja.  Mengenali Badria rasanya aku rasa lebih selesa.  Badria adalah seorang gadis yang aktif.  Sebut sahaja apa jenis sukan, pasti dialah pengaturnya.  Jangan tidak tahu, gadis ini berasal dari Bandung, yang sememangnya masyarakat Malaysia juga amat mengemari ke sana.  Ada yang kata syurga membeli belah. Aku sahaja hampir sekali setiap bulan pasti akan mengatur perjalanan ke Bandung, saja untuk menghilangkan stress dari berada kota metropolitan Jakarta yang penuh sesak ini.

Lamunanku terhenti apabila Ibu Sulastri memanggil namaku.

“ Dina, lepas ini kamu hantarin buku-buku ini ke kamar ibu ya, ibu mau ke kamar dosen Ibu Harlina. Ada perbincangan kecil bersama beberapa orang dosen yang lain”, kata Ibu Sulastri
“Siap ibu”, aku ketawa kecil sambil menunjukkan tanda hormat kepadanya.
Ibu Sulastri adalah pensyarah kegemaranku.  Dia sangat baik dan sangat lemah lembut orangnya.  Oh lupa, dosen dalam bahasa Indonesia adalah pensyarah. 
“ Dina, ayuh kita ke Restoran Mang Engking, aku lapar banget ini”, Badria sudah menepuk-nepuk perutnya.  Aku ketawa besar.
“ Kau ni Bad, makan macam biawak, tapi badan kurus melidi.  Kau pakai ilmu kurus ya?”, ketawa Badria sudah meledak kedengaran.
“ Suka hati kau aje kan Dina, pagi tadi aku tidak sarapanlah.  Kaulah pagi-pagi sudah ketuk pintu bilik.  Takut sangat Ibu Sulastri marah datang lambat.  Jomlah...”, rengek Badria seperti anak kecil.
“ Jomlah. Tapi kena hantar buku Ibu Sulastri ke kamarnya dulu, ok?”, aku menunjukkan tanda ok kepadanya.

                Dari Wisma Makara, kami berjalan kaki menuju ke kamar Ibu Sulastri.  Seusai meletakkan buku pada tempatnya, aku dan Badria meneruskan perjalanan ke Restoran Mang Engking.  Sepanjang laluan kami, dihidangkan dengan pandangan tasik-tasik semulajadi yang menghiasi pemandangan.  Di hadapan restorang ini sahaja mempunyai tasik semulajadi atau dipanggil Danau Ulin dan Danau Salam.  Di belakang restorang terdapat satu lagi tasik semulajadi yang dikenali sebagai Danau Resapan. Di kiri kami, tidak jauh dari restoran yang kami tujui akan terlihat rel keretapi Jakarta-Bogor.  Rasanya, kampus kami ini memang mengekalkan kehijauan untuk memberi ketenangan kepada para pelajar. 

                Universitas Indonesia mempunyai dua cawangan yang tediri dari kampus utamanya di Depok, Jawa Barat iaitu kampus yang kami diami sekarang ini dan kampus untuk warga perubatan di Selamba, Kota Jakarta.  Kemudahan pengangkutan ke sini tidak sesusah mana, kerana jika para pelajar mahu ke Kota Jakarta, mereka boleh mengambil keretapi dari stesen Chikuni dari arah Bogor dan berhenti di stesen Kota Jakarta.  Dari situ, mereka boleh mengambil teksi ke arah mana yang mereka mahu atau dengan menaiki teksi dari kampus terus ke kota, tetapi tambangnya lebih mahal sedikit. Cuma, jika berada di Jakarta ini, masa perjalanan perlulah dirancang sehabis baik, jika tidak mahu membuang masa dengan “kemacetan” yang menggila.


                Sesampainya di Restoran Mang Engking, aku dan Badria memilih tempat bersebelahan dengan tasik.  Walaupun tasik di sini dikira “bersih” walau airnya hijau lumut, tetapi itu tidak mematahkan selera Badria yang aku kira memang kelaparan.  Dia menyelak-nyelak menu makanan.  Setelah memilih nasi putih, ikan gurame asam manis dan sup ayam, aku dan Badria mula berceloteh.  Kalau di Indonesia, aku lebih suka untuk memilih menu dari masakan Sunda.  Bukan apa, masakannya tidak lari sangat dengan selera kemelayuanku.  Jika hendak dibandingkan dengan masakan nasi padang yang menjamu para pelanggan dengan segala jenis otak haiwan,dan masakan yang tidak masuk dek tekak, aku rela memilih masakan Sunda.  Di sini, cakap sahaja apa makan yang diidamkan, bakso malang, sup bontot, spagethi, beef stick, apa jua makanan semua ada di Jakarta.  Cuma, kita sebagai orang Islam perlu memilih samada halal atau tidak kerana ada juga bakso yang dijual di sini menggunakan daging ular.  Pernah satu ketika, di kawasan Triangle Store aku melintasi satu kedai kecil yang dilukis di kain rentangnya daging ular cobra 363.  Lantas, aku bertanyakan kepada pak cik yang membawa teksi masa itu.  Dia memberitahu bahawa, itu kedai menyembelih ular cobra 363 dan menjamu menu dari daging ular.  Mahu muntah aku dengar pakcik itu bercerita.  Keadaan di Jakarta, semuanya ada.  Cuma Iman di dada yang akan membuat kita mengikut atau menolak segala yang tidak elok untuk kita, agama dan keluarga.


                                                                                                     BERSAMBUNG BAB 3.........-NURIS-

No comments:

Post a Comment