Assalamualaikum,
Selamat Pagi..Sobahul Khair, Kaifa Halukum..:)
So hari ni nak share beberapa tips untuk mereka yang akan ke Bandung, Jakarta & Bali. Bandung adalah syurga membeli belah, Jakarta adalah kota sejarah, dan Bali adalah kota mayestik.. hihi.. (suka hati je label)..
Kita cerita pasal Jakarta dulu. Kalau korang nak save tambang flight, better touch down dekat Jakarta jika hendak ke Bandung, kerana fare udari KUL-CGK adalah lagi murah compare KUL-BDO. Untuk pengguna Air Asia akan turun di Terminal 3, dan selain dari itu akan turun di Terminal 2. Untuk Terminal 1 adalah untuk penrbangan domestik. Mungkin dari luar, korang akan nampak Terminal 3 lagi shantek dari Terminal 2...ekekeke.. aah.. Terminal 2 nampak tak semegah sangat. Element Indonesia dalam interior airport itu yang penting.
Dari Bandara nak ke Stasiun Gambir (kalau naik keretapi atau lebih dikenali sebagai PESERO) dalam masa tolak tambah 30 minit kalau jalan ta macet, lebih kurang RP 150,000. Tapi sebelum naik, pastikan taxi korang adalah bluebird dan menggunakan meter. Da masuk taxi tu, silalah ambil nombor taxi dan nama orang yang bawak taxi, biasanya akan dilekatkan dekat dalam taxi. Untuk keselamatan korang, sebab apa-apa jadi, korang boleh terus buat aduan dekat taxi blue bird.
Dari Pasar Baru Jakarta nak ke Stasiun Gambir pulak lebih kurang 5 minit je.. RP 30,000. Bukan dekat Bandung je ada Pasar Baru tau.. Tapi Pasar Baru dekat Jakarta lebih kurang macam Petaling Street. Area Pasar Baru korang akan nampak banyak hotel. Kalau aku, aku suggest FaveHotel,Pasar Baru & TuneHotel, Pasar Baru. Economy Hotel & selesa. Penyambut tetamunya jugak cantik.:)
Untuk sesiapa yang pergi ke sana pada bulan Ramadhan, mereka juga akan kejutkan korang sahur. Kalau waktu Ramadhan, jangalah takut kalau tak terbangun. Sebab orang Indonesia ni kaya dengan program hiburan. Even waktu bulan puasa, akan ada program hiburan dekat tv sampai ke subuh. Malaysia hade? tak adanye... Jadi kalau kau bukak tv tu sampai pagi, korang mesti akan terjaga.
Untuk ke Hard Rock, lebih kurang 30-40 minit dari area Pasar Baru. Hard Rock dulu dekat Plaza Senayan, tapi diaowg da move dekat sebelah Pacific Place, berdekatan juga dengan Ritz Carlton Hotel. Area sini adalah area orang-orang kaya. Nak masuk Pacific Place korang akan lalu bawah mesin pengimbas, dan beg akan dicek jugak. Sama jugak nak masuk Hard Rock. Beg korang akan di cek. Kalau pergi bulan November, diaowg akan merayakan Pesta Hollowen. Bising sikit la, dan kalau bawak budak sangat tak digalakkan.
Kalau korang terdiri dari family, mungkin korang boleh cari apartment are Sudirman Apartment dekat Jl Jenderal Sudirman. Sini ada apartment 2 bilik,3 bilik & 4 bilik. Mungkin korang boleh google la, pada aku oklah. Cuma kalau nak guna wifi, kena turun bawah, "curi" wifi kafe dekat bawah apartment. Sini ada swimming pool, tapi rasanya diaowg tak guna sangat, sebab memasing busy. Sudirman Aparment ada je orang yang sewa bulanan, hanya segelintir sewa harian. Macam kawan aku, dia beli beberapa unit apartment, dan dia sewakan untuk pelancong. Sekuriti dekat apartment ni sangat ketat, kalau korang tak da access card, korang tak kan boleh keluar masuk. Satu rumah ada 2 kad sahaja.
Dari Apartment Sudirman nak ke Tanah Abang about 10 minute, dari jalan korang da nampak bangunan Tanah Abang. Tanah Abang ada 2 blok. Jadi masa jalan-jalan tu, perhati sikit korang dok blok A ke blok B. Dekat food court, x silap level 5, ada memacam makanan, termasuklah fast fodd & yg tak berapa nak fast sangat..hehe... dekat tengah-tengah ruang jualan ada macam gerai kecil-kecil (ala macam dekat tepi jalan tu). Kalau dekat sini, aku rekemen nasi ayam bakar. Sedap. Tapi ayam kecik je la..
Untuk Mangga Dua, lebih kepada blous, t-shirt, beg, kurang ada kedai kain ela. Mangga Dua ni jauh sikit dari Tanah Abang. Rasanya kalau tentatif jadual korang nak snatai-santai, baik seperatekan antara Tanah Abang & Mangga Dua. Kalau dekat Mangga Dua ni aku suka g A&W dia.. ayam diaowg tu rasa rempahnya dan pepsi float.. mang terbaik.. dekat tingkat 1 tau.
Untuk Bandung, kalau skala family besar, aku suggest Cipedes Apartment, Halimunan GuestHouse, untuk hotel, Favehotel Braga atau Aston Hotel, Braga. Lokasi terbaik. Hotel dalam supermarket, bawah Hotel ada kedai-kedai, senang acess.
So, macam yang semua tau, dekat Bandung ni, kalau tak g Pasar Baru memang tak sahlah. Korang akan jadi orang yang hilang pedoman dalam tu, sebab harga murah-murah berbanding Malaysia. Cuma kena hati2 dengan penyeluk saku ya. So, untuk factory outlet rasanya tak yah cerita banyak kan, sebab mesti korang da tau kan. Google sendiri.
Untuk tempat makan, kalau nak masakan Sunda boleh cuba Restaurant Sangkuriang, law nak rasa bakso yg sedap, dekat Bakso Malang, kalau nak rasa ayam penyet yang walah, dekat Nasi Ayam Penyet Yogyakarta, Restaurant Belacan pon ada, Nasi padang untuk variety food, dan fast food macam Pizza, KFC, A&W.. semua ada, korang pilih je la..
Untuk Bali, sana deret tepi pantai memang bersepah pantai, cuma kalau nak dekat dengan Kuta, better book hotel area situ je la, tak perlu banyak sangat guna transport. Kalau nak ke Bali, better pergi awal tahun, sebab korang akan dapat harga yang murah untuk transport. Kalau pergi peak season, memang mahal la jawabnye. Bali pada aku dia ada daya tarikan sendiri dengan tarian, pakaian, muzik, i like. cuma Bali tak sesuai untuk bawak bebudak. Bali more to honeymoon ke, release stress. Dan... kalau nak pergi, jangan pergi time Hari Nyepi. Mang korang tempah bala la, Hari Nyepi ni silent day la lebih kurang, ikut kepercayaan diaowg. tak silap aku tahun 2015 either bulan 3 ke bulan 5, tak ingat, google sendiri. Transport tak gerak, kedai banyak tutup. So please check it out before tempah flight.
Ok, penat da bebel. Melalui pengalaman, Air Asia Go ada buat hotel + flight. akan dapat lebih murah harganya kalau pergi ramai. Kalau setakat nak g 2-3 orang, tak yah la book travel agent. Sekarang ni semua hujung jari, cuma apa yang penting, korang book hotel siang-siang, & flight ticket. Kalau nak ke Jakarta & Bandung, (Lion Air, Mas, Air Asia, Malindo, Garuda, dsb), rasanya da banyak flight yg transit dri KUL - CGK macam KLM, Qatar Airways, so just google & pilih je la. Kalau ramai tu boleh la guna agent, bukan apa, agent ni pon manusia jugak, terkucil sikit, korang akan salahkan dia sampai mati. Jadi better buat sendiri kot.. kannn...
Untuk transport, boleh google Hayukka Bandoeng ke, DOM Transport ke, Pak Sani, Pak Endang, google je, mesti korang akan jumpa yang berkenan. AKu suka dengan Hayukka, sebab Yudha da macam adik aku. kenyit-kenyit mata, dapat kurang harga.. tak gitu Yudha.. haha.. gurau je..
Orite, itulah beberapa tips. Chiowww..!!
* Sebarang komen yang pasif & negatif akan di blok* Thanks