Nuffnang Adss

Penjejak

Monday, December 22, 2014

Review ke Bandung, Jakarta & Bali


Assalamualaikum,

Selamat Pagi..Sobahul Khair, Kaifa Halukum..:)

So hari ni nak share beberapa tips untuk mereka yang akan ke Bandung, Jakarta & Bali.  Bandung adalah syurga membeli belah, Jakarta adalah kota sejarah, dan Bali adalah kota mayestik.. hihi.. (suka hati je label)..

Kita cerita pasal Jakarta dulu.  Kalau korang nak save tambang flight, better touch down dekat Jakarta jika hendak ke Bandung, kerana fare udari KUL-CGK adalah lagi murah compare KUL-BDO. Untuk pengguna Air Asia akan turun di Terminal 3, dan selain dari itu akan turun di Terminal 2. Untuk Terminal 1 adalah untuk penrbangan domestik.  Mungkin dari luar, korang akan nampak Terminal 3 lagi shantek dari Terminal 2...ekekeke.. aah.. Terminal 2 nampak tak semegah sangat. Element Indonesia dalam interior airport itu yang penting.  

Dari Bandara nak ke Stasiun Gambir (kalau naik keretapi atau lebih dikenali sebagai PESERO) dalam masa tolak tambah 30 minit kalau jalan ta macet, lebih kurang RP 150,000.  Tapi sebelum naik, pastikan taxi korang adalah bluebird dan menggunakan meter.  Da masuk taxi tu, silalah ambil nombor taxi dan nama orang yang bawak taxi, biasanya akan dilekatkan dekat dalam taxi.  Untuk keselamatan korang, sebab apa-apa jadi, korang boleh terus buat aduan dekat taxi blue bird.

Dari Pasar Baru Jakarta nak ke Stasiun Gambir pulak lebih kurang 5 minit je.. RP 30,000.  Bukan dekat Bandung je ada Pasar Baru tau.. Tapi Pasar Baru dekat Jakarta lebih kurang macam Petaling Street.  Area Pasar Baru korang akan nampak banyak hotel.  Kalau aku, aku suggest FaveHotel,Pasar Baru & TuneHotel, Pasar Baru.  Economy Hotel & selesa.  Penyambut tetamunya jugak cantik.:)
Untuk sesiapa yang pergi ke sana pada bulan Ramadhan, mereka juga akan kejutkan korang sahur.  Kalau waktu Ramadhan, jangalah takut kalau tak terbangun. Sebab orang Indonesia ni kaya dengan program hiburan.  Even waktu bulan puasa, akan ada program hiburan dekat tv sampai ke subuh. Malaysia hade? tak adanye... Jadi kalau kau bukak tv tu sampai pagi, korang mesti akan terjaga.

Untuk ke Hard Rock, lebih kurang 30-40 minit dari area Pasar Baru. Hard Rock dulu dekat Plaza Senayan, tapi diaowg da move dekat sebelah Pacific Place, berdekatan juga dengan Ritz Carlton Hotel.  Area sini adalah area orang-orang kaya.  Nak masuk Pacific Place korang akan lalu bawah mesin pengimbas, dan beg akan dicek jugak.  Sama jugak nak masuk Hard Rock.  Beg korang akan di cek.  Kalau pergi bulan November, diaowg akan  merayakan Pesta Hollowen.  Bising sikit la, dan kalau bawak budak sangat tak digalakkan.

Kalau korang terdiri dari family, mungkin korang boleh cari apartment are Sudirman Apartment dekat Jl Jenderal Sudirman.  Sini ada apartment 2 bilik,3 bilik & 4 bilik. Mungkin korang boleh google la, pada aku oklah.  Cuma kalau nak guna wifi, kena turun bawah, "curi" wifi kafe dekat bawah apartment.  Sini ada swimming pool, tapi rasanya diaowg tak guna sangat, sebab memasing busy.  Sudirman Aparment ada je orang yang sewa bulanan, hanya segelintir sewa harian.  Macam kawan aku, dia beli beberapa unit apartment, dan dia sewakan untuk pelancong.  Sekuriti dekat apartment ni sangat ketat, kalau korang tak da access card, korang tak kan boleh keluar masuk.  Satu rumah ada 2 kad sahaja.  

Dari Apartment Sudirman nak ke Tanah Abang about 10 minute, dari jalan korang da nampak bangunan Tanah Abang.  Tanah Abang ada 2 blok. Jadi masa jalan-jalan tu, perhati sikit korang dok blok A ke blok B.  Dekat food court, x silap level 5, ada memacam makanan, termasuklah fast fodd & yg tak berapa nak fast sangat..hehe... dekat tengah-tengah ruang jualan ada macam gerai kecil-kecil (ala macam dekat tepi jalan tu).  Kalau dekat sini, aku rekemen nasi ayam bakar. Sedap. Tapi ayam kecik je la..

Untuk Mangga Dua, lebih kepada blous, t-shirt, beg, kurang ada kedai kain ela.  Mangga Dua ni jauh sikit dari Tanah Abang.  Rasanya kalau tentatif jadual korang nak snatai-santai, baik seperatekan antara Tanah Abang & Mangga Dua.  Kalau dekat Mangga Dua ni aku suka g A&W dia.. ayam diaowg tu rasa rempahnya dan pepsi float.. mang terbaik.. dekat tingkat 1 tau.

Untuk Bandung,  kalau skala family besar, aku suggest Cipedes Apartment, Halimunan GuestHouse, untuk hotel, Favehotel Braga atau Aston Hotel, Braga. Lokasi terbaik. Hotel dalam supermarket, bawah Hotel ada kedai-kedai, senang acess.

So, macam yang semua tau, dekat Bandung ni, kalau tak g Pasar Baru memang tak sahlah.  Korang akan jadi orang yang hilang pedoman dalam tu, sebab harga murah-murah berbanding Malaysia.  Cuma kena hati2 dengan penyeluk saku ya.  So, untuk factory outlet rasanya tak yah cerita banyak kan, sebab mesti korang da tau kan. Google sendiri.

Untuk tempat makan, kalau nak masakan Sunda boleh cuba Restaurant Sangkuriang, law nak rasa bakso yg sedap, dekat Bakso Malang, kalau nak rasa ayam penyet yang walah, dekat Nasi Ayam Penyet Yogyakarta, Restaurant Belacan pon ada, Nasi padang untuk variety food, dan fast food macam Pizza, KFC, A&W.. semua ada, korang pilih je la..

Untuk Bali, sana deret tepi pantai memang bersepah pantai, cuma kalau nak dekat dengan Kuta, better book hotel area situ je la, tak perlu banyak sangat guna transport.  Kalau nak ke Bali, better pergi awal tahun, sebab korang akan dapat harga yang murah untuk transport.  Kalau pergi peak season, memang mahal la jawabnye.  Bali pada aku dia ada daya tarikan sendiri dengan tarian, pakaian, muzik, i like. cuma Bali tak sesuai untuk bawak bebudak.  Bali more to honeymoon ke, release stress.  Dan... kalau nak pergi, jangan pergi time Hari Nyepi.  Mang korang tempah bala la, Hari Nyepi ni silent day la lebih kurang, ikut kepercayaan diaowg. tak silap aku tahun 2015 either bulan 3 ke bulan 5, tak ingat, google sendiri.  Transport tak gerak, kedai banyak tutup.  So please check it out before tempah flight.

Ok, penat da bebel.  Melalui pengalaman, Air Asia Go ada buat hotel + flight.  akan dapat lebih murah harganya kalau pergi ramai.  Kalau setakat nak g 2-3 orang, tak yah la book travel agent. Sekarang ni semua hujung jari, cuma apa yang penting, korang book hotel siang-siang, & flight ticket. Kalau nak ke Jakarta & Bandung, (Lion Air, Mas, Air Asia, Malindo, Garuda, dsb), rasanya da banyak flight yg transit dri KUL - CGK macam KLM, Qatar Airways, so just google & pilih je la. Kalau ramai tu boleh la guna agent, bukan apa, agent ni pon manusia jugak, terkucil sikit, korang akan salahkan dia sampai mati. Jadi better buat sendiri kot.. kannn...
Untuk transport, boleh google Hayukka Bandoeng ke, DOM Transport ke, Pak Sani, Pak Endang, google je, mesti korang akan jumpa yang berkenan. AKu suka dengan Hayukka, sebab Yudha da macam adik aku. kenyit-kenyit mata, dapat kurang harga.. tak gitu Yudha.. haha.. gurau je..

Orite, itulah beberapa tips.  Chiowww..!!

* Sebarang komen yang pasif & negatif akan di blok* Thanks

Tuesday, November 25, 2014

Kenapa Afgan??


Assalamualaikum WBT.

Saat entry ini ditulis, aku tengah meluangkan sedikit masa untuk aku bercerita benda yg tak berfaedah.. hahaha

Addict gila dengan penama Afgan Syah Reza... Kalau dulu ada masa terluang, tengok video Afgan berulang-ulang kali..
Tapi sekarang, mang xda sempatnya, mana nak kejar dateline assignment lagi, mana nak buat tu, buat ni, lagi pon, sini connection internet macam haram... nak guna wifi pon, macam jadah sangat... haha...

Lagi satu, aku tak da fb da... susahlah fb semua ni, sebab ada tukang-tukang bercerita..payah..
Nak upload gamabr, semua ngadu dekat family.. rimas...
Jadi payah sangat, aku deactive semua fb aku.. haaa...senang...
Lagi pon buat tambah dosa je..

Berbalik pada tajuk, dulu masa ngandungkan 1st son, tetiap hari Afgan..
Tertiarap, tertongeng buat kerja, dengan lagu Afgan..
Harap bila anak lahir, adalah lesung batu macam Afgan, tapi hampeh..
Nasib baik putih macam Afgan.. hihi...

Sanggup aku belajar dekat Indon ni, semata2 Afgan..
Harapan setiap hari, kalau2 aku berjalan dekat mall area2 Jakarta ni, akan terserempak lah dengan Afgan... haha.. tapi da namanya harapan... (ok ok tak.. masih ingat anak & suami).. haha..

Actually, minat tu datang sebab Afgan pandai bawak diri dia as a singer... 
Aku tak nampak artis muda Malaysia yang macam dia..
Dia mula dengan pelajar Universitas Indonesia (tempat aku belajar skang okkk)...haha..
Sambung Degree dekat Monash Uni, KL...
Lepas tu dengar nak sambung Master dekat Europe..
Suara bagus, ada rupa..
Kalau artis Malaysia, terutama lelaki, muka handsome, tapi belajar ke mana..
Ada yang nama je singer, tapi tak pandai menyanyi pon...
Suara Iman jerit lagi sedap..
Jadi kalau nak jadi entertainer ni, kena lah ada ilmu, baru orang respect..
Itu sebab utama kenapa aku minat Afgan, bukan sebab rupa semata2, tapi sebab dia pandai bawak diri dia.

Ok, da cerita pasal Afgan.

Da sebulan lebih aku "bercuti" dari UIA, dan da sebulan lebih jugak aku memulakan hidup baru.
Tak banyak yang berubah, kecuali rutin hidup aku.
Kalau dulu, sibuk kejar nak g kerja, sekarang, sibuk rentas kesesakkan bandar kecil pendidikan ini.
Sekarang aku tinggal sorang di apartment betul2 depan University, saje nak privacy.
Studio apartment, bukan apa, kalau suami & Iman datang, senanglah aku nak ajak diaowg... Kalau aku duduk asrama, mang tak selesalah aku, sebab budaya kt dengan orang Indon ni lain, walau kt ni serumpun..
Seronok tgl sini.. tapi tu la, nak adapt cara diaowg agak payah...tapi it's ok..

ok lah, see u next entry..
daaa.


Wednesday, September 24, 2014

Cara-Cara Nak Sambung Belajar di Luar Negara



Assalamualaikum,

Tajuk macam good good aje kan.. haha... 
1stly entry ini di tulis adalah disebabkan beberapa orang kenalan di alam maya ada email, dan bertanya mengenai soalan ini.  Ada reply email diaowg, tapi rasanya better share dekat sini..jadi boleh bagi sedikit ilmu untuk korang semua kan..
Mungkin ada yang da tau, tapi saje la kot kot ada teman seperjuangan yang nak tak sure prosesnya, jadi moh la kita mula..

But but..
Before tu, entry ni sebenarnya tak ada niat terlintas nak meninggi diri ke apa..
Sebab aku bukan pandai ponngg.. -.-'
Nasib je dapat status "over the sea" punya universiti... haha..
Dekat sekolah and masa tertiary education pon bukan kategori pelajar cemerlang..
Cuma last semester sebelum extand setahun dapat 3.5++.. tu pon, dapat dean list terus extand.. haha..sbb preggy...
Jadi sem ni perlu lebih struggle lorh untuk sem ni..

CARA-CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA

1.  Survey and apply untuk University

Korang mesti da plan nak sambung study dekat mana kan.. UK ke, US ke, Canada ke, Ausie ke, NZ ke da lain-lain tempat lain.  Macam aku, aku pilih Indonesia sebab aku suka kedaan geografinya.  Di Indon ni sebenarnya negara diaowg subur, cuma diaowg tak tau nak pelbagaikan negara diaowg..sayangkan... and one more thing sebab Afgan.. Lol- haha...
So, boleh la google univeristi yang mana korang nak pilih tu depends on ranking, sebab each univeristy ada kepakaran masing-masing.  so, pergi la website diaowg dan tgk la course apa yang korang nak apply.  kebanyakkannya kena bayar tuition fee, tapi ada je yang free. 


Selain dari guna internet, koang boleh jugak mengunjungi Edu Fair yang aku rasa memang berlambak diadakan dekat Malaysia ni.  On my site, aku tak biasa pergi, sebab bila kau da sampai sana, aku jadi binggung.. Owh apakah yang harus aku lakukan dekat sini??? haha..drama sangat..
Tapi ada je kawan-kawan aku guna Edu fair ni.  Jadi boleh la try kot.. aku tak ada pengalaman bab ni.. sebab supervisor aku banyak tolong aku bagi info.. dia yang persuade aku, "bagus dong...amek saja dong..bangus banget..". ikut je la.. ikut kata hati...


2. Reply from University

Bila da apply uni semua, tunggu reply dari diaowg.  selalunya tak lama, tak sampai sebulan pon, dalam 2-3 minggu.  Memang mostly apply online, dan diaowh akan communicate dengan korang melalui email je, macam kena scan sijil ke, transcript ke, sebab diaowg akan tengok, course tu sesuai dengan korang ke tak kan.  If ok, pihak universiti akan bagi conditional offer letter.  Apakah maksudnya itu? Maksudnya adalah, korang tak memenuhi semua condition lagi.  Macam aku hari tu, tak amek IELTS/TOEFL lagi. Jadi dia kuakan offer letter, cuma kira ada syarat yang korang tak penuhi lagi la... 


3. Funding

Aku masa da dapat result tu, kira da lepas separuh beban.  Sebab apa? haha.. sebab masa tu funding tak dapat lagi.  Boleh je kalau tak nak cari funding tu, kalau yg mampu.  Macam aku yang tak berapa nak mampu sangat ni, berusaha keras cari funding sana sini, siapa yang nak taja..  Yuran dekat Indonesia murah sikit berbanding negara lain, tapi still dalam katergori "mahal".  Depends la berapa lama korang terperap dekat sana nanti.  Kalau duit berkepuk2, relax je la buat research tu, haha...
Macam aku, memacam aku apply.  Dari oil & gas, bank, JPA, MARA.  Dapat result, 3 diantaranya dapat interview.  Dan satu darinya sangkut.  Cukuplah Ptptn masa Dip dulu, aku tak nak bayar lagi da..sebab tu aku cari scholarship.. haha.. Kena g interview semualah macam biasa. Ada yang ujian bagai.  InsyaAllah, law ada rezeki tak ke mana, akhirnya, ada la company nak support aku yang tak berapa nak ada ni kan..


4. IELTS / TOEFL

Stage seterusnya, kena ambil english examiniation yang valid untuk kita guna di sana.  Sebab apa? kita kena amek exam tu sebab negara kita adalah non-English speaking country.  Makanya, itu untuk approvekan kita boleh survive dekat negara diaowg, kena la amek exam ni.  Aku dulu amek IELTS ni 4 kali. hahahahaha.. (gelak tecungap-cungap)... malu nak tulis... Aku english bukan power mana pongg... kalau korang terror English, aku rasa ok je kot. Ala ala MUET je.. tapi kalau rasa macam pening-pening sikit, lupa da nak wat essay macam mana, boleh pergi class supaya tak yah amek banyak kali macam aku.  Aku dulu kantoi module writing and speaking.  Tensi tahap ****.  Disebabkan satu module tak lepas, kene repeat semua.  Kira speaking lagi teruk kot, da la mat salehnya slang british pekat, mang payah nak fahamkan apa dia cakap.  Actually macam borak2 biasa je, cuma gugup sangat.  Kena ada skill.  Terbang la melayang duet.  Sekali register RM 600.  So bayangkan aku repeat 4 kali. hikhikhik..  Lepas 3x xberjaya, akhirnya Alhamdulillah setel! :)


5. Passport
Bila da setel dan lulus semua, da boleh tarik nafas panjang-panjang, dan buat passport.  Macam aku, tak gaduh pasal ni, sebab aku sememangnya kuat berjalan.. haha.. Renew passport 2 tahun sekali..

5. Visa
Untuk visa application pulak, once da dapat uncoinditional offer dari Universiti, baru korang boleh apply untuk visa pelajar.  Tapi sekarang semua di hujung jari, buat guna on9.  Sediakan credit card je la untuk buat bayaran.
Setelah dapat visa, da boleh start cari barang2 untuk dibawa terbang.  Tapi macam aku by research, awal sem je register, and akan jumpa lecturer once a while.  Tapi tahun depan, aku rasa kena stay terus untuk siap cepat, atau kena ulang alik satu bulan sampai 3-4 kali.
Tenok la macam mana nanti :)

One more thing, sebab kenapa aku pilih Universitas Indonesia ni, aku akan di anugerahkan (ayat macma bagus-bagus je) double certificate.  Dari Indonesia dan satu lagi dari University of Queensland, Ausie.. Dua certificate untuk satu program... Makanya, aku akan berada 2 tahun di Indonesia, dan dua tahun lagi di Australia... Ini untuk International Program (Non-Regular Program).  Untuk tambahan juga, aku perlu menduduki ujian Bahasa Indonesia, dan dapat at least gred B. Aku cukup2 makan. nasibbb... 

Terima kasih donggg atas pembacaannya.  Moga-moga ada yang boleh dijadikan panduan.. :))

Monday, September 22, 2014

HITAM PUTIH CINTAKU (BAB 6)

BAB 6

               
                Tengahari itu, aku, Badria dan Fawaz singgah di kedai makan bakso siang yang terletak di hadapan fakulti.  Kelihatan hanya segelintir para pelajar di sekeliling kawasan kampus.  Kebiasaannya musim-musim peperiksaan begini, para pelajar lebih senang berliburan dari duduk di kampus.  Saat akhir barulah mereka mula mencari nota-nota terdahulu.  Hari ini perkhidmatan Bikan tergendala akibat bas yang rosak.  Jadi terpaksalah kami menapak sehingga ke kedai makan ini.  Fawaz kata tidak mengapa, exercise.  Fawaz adalah rakan belajar kami.  Karekter Fawaz agak lembut, tetapi pelajaran tip top.  Dia berasal dari Kedah.  Siapa sangkakan, di Malaysia tak pernah bertemu, malah di Jakarta ini pula menjadi study partner.

                Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut.  Aku melihat keadaan sekeliling kampus.  UI ini banyak ceritanya.  Ia mula di bina pada tahun 1849 oleh pemerintahan Hindia Timur Belanda.  Pada waktu itu, UI di kenali sebagai School of Medicine of JavaneseTujuan dibina pada waktu itu adalah kerana ingin melahirkan doctor-doktor pakar.  Pada tahun 1989, UI di kenali pula dengan nama STOVIA.  Pada tahun 1924, pemerintahan kolonial Belanda mendirikan RHS ( Sekolah Badan Hukum Indonesia).  RHS inilah yang bertukar ke nama Fakultas Hukum UI sekarang ini.

Setelah mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1945, pemerintahan Indonesia mendirikan BPTRI (Badan Pendidikan Tinggi Republik Indonesia) di Jakarta.  Pada akhir 1945, pemerintah klonial kembali menguasai Jakarta.  BPTRI terpaksa berpinda ke luar dari Jakarta.  Pada saat itu, pemerintahan Belanda mendirikan Universitas Sementara di Jakarta.  Kemudian pada 21 March 1947, setelah Jakarta kembali dikuasai oleh pemerintah Indonesia, BPTRI diberikan wewenang (kuasa) untuk mentadbir STOVIA (School of Medicine for Javanese), RHS, Universitas Sementara dan sekolah-sekolah yang lain.  Akhirnya, BPTRI menggabungkan semua sekolah itu menjadi Universitas Indonesia.  UI secara rasminya ditubuhkan pada 2 Februari 1950.  Pada saat itu, UI hanya mempunyai 9 fakulti dan 3 lembaga yang tersebar di pelbagai kota.  Kemudian, fakultas-fakultas tersebut menarik diri.  Tanggal 2 March 1959, Fakultas Teknik dan Fakultas Ilmu Pengetahuan Alam yang ada di Bandung menarik diri, dan sehingga kini menjadi Institut Teknologi Bandung.  Pada 1 September 1963, Fakultas Kedoktoran Hewan UI dan Fakultas Pertanian di Bogor pula menarik diri dan menjadi Institut Pertanian Bogor.  Begitu juga untuk beberapa fakulti yang lain menarik diri menjadi Universitas Airlangga, Universitas Hassanudin, dan Universitas Negeri Jakarta.

Pada tahun 1965, UI terdiri daripada tiga kampus, iaitu di Selamba, Rawamangun dan Pegangsaan.  Namun, pada tahun 1987, sebahagian fakultas yang berada di Salemba dan Rawamangun mendirikan kampus baru di Depok.  Sehingga kini akhirnya UI hanya di Salemba dan di Depok.
Untuk Fakltas Psikologi, sekitar 90% warga kampus Psikologi adalah perempuan, dan kebanyakan dari mereka sangat-sangat pandai.  Lelaki hanya 10% termasuklah si Fawaz yang lembut ini. 

“ Tadi macam nak hujan, ni panas pulak”, aku ngomel sendirian.
“ Apa kata kita naik speda? Cepat sikit.. Aku mana boleh jalan panas-panas macam ni, hanguslah kulit aku”, si Fawaz sudah bermain drama.
“ Tapi kalo lagi panas kayak gini sih, belum sempet masuk kelas udah basah kuyup kaos lo pade”, jawab Badira dengan slang Jawanya.
“ Kalo gitu, kau orang berdua tidur aja di sini, aku mau balik dulu dong… Malas aku nak layan korang berdua ni, kalau nak ikut, jom gerak sekarang”, aku sudah mengatur perjalanan selepas membuat pembayaran.  Kalau diturutkan idea merapu mereka berdua ni, memang sampai ke petanglah aku tak balik asrama.
                Tiga tahun di Jakarta membuatkan aku lebih faham bahasa jawa mereka.  Pengalaman pertama kali di UI, masa itu aku belum temui mana-mana rakan lagi.  Aku sibuk bertanya di mana bilik pensyarah itu dan ini, rupanya mereka tidak faham.  Malah ketika ujian Potensi Akademik di adakan, dan menyoalnya dalam bahasa Indonesia, aku sangat stress.  Kenapalah tidak ditulis dalam bahasa English.  Dari saat itu, aku saja bercampur dengan rakan-rakan dari Indonesia untuk memahami percakapan mereka.  Badria juga rajin mengajarku bahasa ibundanya.  Jadi sekarang aku tidak berasa kekok sangat, walau tidak semua perkataan mereka aku faham, tapi cukup untuk buat aku survive kehidupan di sini.  Tidaklah seperti ayam bercakap dengan itik.


          Malam itu aku terima panggilan dari Iman.  Hati ada sedikit bergetar apabila menerima panggilan darinya.

“Assalamualaikum..”, aku memulakan bicara apabila mendapati talian  di sebelah sana menyepi.
“ Waalaikumussalam.  Ingatkan tak ada orang tadi..”, jawab Iman dengan sayup, kedengaran juga gelak taw kecil.
“ Ada apa En Iman yang boleh saya bantu?”, aku memformalkan keadaan.
“ Tak perlulah formal sangat.  Just call me Iman.. Kalau nak formal lagi, mungkin boleh call “abang” ke..”, Iman menekankan perkataan abang.
“ Saya tengah study ni encik.  Encik ada apa-apa yang penting ke? Kalau tak ada, saya nak sambung study”, aku sengaja memotong percakapannya.  Study sangatlah kau Dina, padahal tengah layan cerita Opera Van Java.
“ Owhh.. Maaf Dina.  Saya flight ke Jakarta lagi dua hari.  Saya dapat tau yang paper awak last esok kan?”, Iman berjeda panjang ingin melihat respon Dina.
So?”, Dina mengangkat keningnya.  Call aku jauh-jauh semata-mata nak bagi tahu pasal flight dia? Kau da kenapa?
So, I want to meet you.  Sabtu nanti I akan tunggu you dekat Pacific Place, Jakarta 4pm.  I sebenarnya nak kawan you, tapi I takut you tak suka I.  I nak kenal dengan you Dina. I ikhlas.  Kalau you rasa you boleh accept I jadi kawan you, I know you akan datang.  I akan tunggu you Dina. 4pm. Pacific Place. Maaf ganggu you malam-malam macam ni.  Allah je yang tahu macam mana perasaan I nak kenal dengan you.  Assalamualaikum.  Good Night Princess”, tanpa sempat Dina berkata sepatah apa pon, Iman sudah mematikan talifon.
Teruk sangat ke aku ni? Tapi tak gentle langsung tak bagi aku cakap apa-apa.. Tengoklah macam mana nanti.. Dina meletakkan handphonenya di atas katil, nak menyambung Opera Van Javanya.


Sunday, September 21, 2014

HITAM PUTIH CINTAKU (BAB 5)

BAB 5

                Ruang legar Bandara Soekarno Hatta International aku lintasi.  Jakarta, finally arrived after delay three hoursUdara pagi itu aku hirup.  Aku berjalan menuju ke tempat parking teksi, di sini, public transport memang mudah untuk di dapati terutamanya teksi.  Terdapat pelbagai jenis teksi yang berada di sekitar bandar Jakarta.  Jika mahu yang selesa, boleh menggunakan Silver Bird, jenis kereta yang dipakai adalah first class transport seperti Mercedes Benz, untuk jenis second class tetapi masih dalam keadaan selesa adalah blue bird, dan jenis kenderaan yang digunakan adalah toyota vios.  Untuk membezakan teksi blue bird dan teksi yang lai adalah, teksinya berwarna biru.  Untuk merpati transport, teksinya berwarna putih.  Teksi blue bird memang selalunya mengikut meter.  Untuk permulaan perjalanan akan dicas RP 7.000 bersamaan lebih kurang RM 3.00.  Kebanyakkan kenderaan selain blue corporation, akan mengenekan cas yang lebih tinggi, dan ada di antara mereka juga mengenakan cas lump sum, bergantung kepada pemandu.  Jarang sekali untuk kita perolehi pemandu yang betul-betul amanah.

                Ruang Airport sudah aku lepasi, dan kini menuju ke Stesen keretapi Jakarta Kota.  Seperti di Malaysia, Keretaapi Tanah Melayu (KTM) ditugaskan untuk mentadbir perjalanan, di Indonesia, PT Keretaapi Indonesia (PERSERO) ditugaskan untuk mentadbir perjalanan di sini.  Untuk sekali perjalanan dari Jakarta ke Depok di cas RP 9.000 dalam lingkungan RM 4.00.  Keretaapi Depok Ekspres ini adalah komuter ekspress dari Stesen Depok ke Stesen Jakarta Kota dan Stesen Tanah Abang.  Keretapi di sini tidak sehebat seperti LRT di Malaysia, malah jika dibandingkan dengan KTM di Malaysia pon jauh sekali bandingannya, namun masih lagi dilengkapi aircond.  Keadaan luaran setiap keretapi di sini agak uzur kelihatan kerana menggunakan bekas dari zaman Jepun dahulu.

                Untuk sedikit pengetahuan mengenai Stesen Depok (DP), ia merupakan stesen keretapi yang terletak di Jl. Stasiun, Pancoran Mas Depok.  Stesen ini berada di Daerah Operasi I Jakarta.  Ada sebahagian dari mereka menyebut stesen ini Depok Lama, dan ia juga merupakan salah satu stesen tertua di Wilayah Jabodetabek.  Kearah selatan dari Stesen Depok ini terdapat sebuah depo KRL, yang merupakan laluan terbesar di Asia Tenggara, dan tujuan akhirnya akan ke Bogor.  Panjang pula aku bercerita mengenai stesen ini.  Tanpa membuang masa, setelah sampai di Stesen Jakarta Kota, aku segera ke kaunter tiket dan mengambil jadual perjalanan paling cepat iaitu jam 11:32 pagi, iaitu 15 minit dari sekarang.  Aku segera menaiki tangga ke terminal.  Kelihatan hanya beberapa orang yang sedang menunggu train tiba.  Hampir 10 minit kemudian, aku lihat keretapi dari arah Tanah Abang sampai di stesen.  Aku lihat tempat duduk hamper penuh.  Mungkin juga hari ini hari Ahad, hari warga kota berliburan.  Kalau aku pulang ke Depok dengan menaiki teksi, agaknya apalah nasib aku, agaknya masih dalam teksi berperang dengan kemacetan.  Sepanjang perjalanan, keretapi akan melalui belakang rumah orang awam.  Di sini, agaknya mereka sudah terbiasa, tiada di bina pagar besi untuk menghindar anak-anak kecil dari bermain dari kawasan laluan keretapi.  Malah, anak kecil di sini sudah mengerti, jika tanda merah terpancar, itu bermaksud ada keretapi akan melintasi kawasan rumah mereka.  Kalau hendak  di bandingkan persekitaran, keselamatan dan kemudahan di sini, jauh lebih baik kemudahan di Malaysia.   Di Indonesia, harga petrol amat mempengaruhi apa jua jenis pasaran.  Seperti baru-baru ini, harga petrol kembail meninggi satu liter sekitar RM 3.15. Dari kekangan kenaikkan harga petrol, maka segala jenis perusahaan yang menggunakan petrol juga naik, tidak perlu pergi jauh, harga tiket keretapi ini sahaja sudah memadai.   Dari RP 4.000 naik terus ke RP 9.000, itu belum lagi sector pelancongan, yang dikhabarkan harga penyewaan kenderaan dan makanan juga turut melambung.  Selalu sahaja warga Indonesia mengadakan mogok andai harga barangan naik, namun pihak berkuasa di sini tidak ambil endah akan pandangan orang bawahan.  Itulah kehidupan.
                Lamunanku terhenti apabila mendengar penguguman dari seorang staff, keretapi sudah mendekati di Stesen Depok.  Jam di tangan di telek, jam 12:30 tengahari, sudah masuk waktu zohor.  Aku segera ke surau di tingkat bawah.  Usai tiba di surau, aku mencari di sudut penjuru, supaya aku boleh duduk berehat sementara menunggu Badria tiba.  Saat ini bumi Depok hujan, tanah hitam jadi lecak.  Aku mengintai di sebalik jendela di dalam surau.  Duit di dompet aku kira, hampir RP 1 Juta, cukup bekalan untuk dua minggu.  Bertatih di Negara Bung Karno-Hatta ini menjadikan aku anak yang tahan diuji,  Bukan mudah untuk meneruskan pengajian di sini.  Benar, kos pengajiannya mungkin lebih murah berbanding di Malaysia, namun aku harus mempersiapkan diri menjadi seorang mahasiswi yang istiqamah dalam usahanya.  Di sini, para dosen universitasnya amat tegas meladeni ulah para mahasiswanya.  Kesusahan, mendidik mereka gigih berusaha.  Jujurnya, aku melihat cahaya yang terang sedang menanti Indonesia yang “baharu”.

“ Maaf buk, Ibu tinggal di Depok?”, sapa seorang wanita sekitar 30 an menyapaku dengan ramah.  Saat itu aku sedang menunggu turn untuk solat, kerana ruangnya agak kecil. 
“ Iya. Saya mahasiswi di UI buk”, jawab aku sambil tersenyum.
“ Wah.. UI.. sudah tentu ibu ini pandai ya..”, wanita itu memegang tanganku sambil tersenyum lebar.  Di sini, UI atau nama popular bagi Universitas Indonesia begitu gah namanya, sama seperti gahnya Universiti Malaya di Malaysia. 
“Mana ada buk, biasa-biasa saja”, jawab aku merendah diri.
“ Maaf buk, siapa namanya ya?”, wanita yang baharu aku kenali itu begitu ghairah berkenalan denganku.  Novel Perempuan Yang Aku Cintai adikarya Acik Lana yang sedang aku teliti terpaksa aku tanggujkan dahulu pembacaannya.  Terpaksaah aku melayani kehendak rakan baharu ini.
“ Maaf, enggak memperkenalkan diri saya dari awal.   Nama saya Medina Umairah, bisa panggil sahaja Dina.  Namanya ibuk?”, giliran aku pula bretanya, asyik dia sahaja menyoal aku itu dan ini dari sedari tadi.  AKu memanggilnya ibuk kerana usianya agak lebih tua dari aku.
“ Sya Maudy Ayunda, mahasiswi S3 (master) di UI dalam jurusan Administrati Perniagaan.  Asal saya dari Sulawesi buk.  Saya menyewa dekat-dekat situ juga.  Apa ibu pernah pergi ke Sulawesi?” dia memberikan penerangan yang agak panjang.  Wanita bertubuh renceng dan berkulit putih ini aku perhatikan sekilas lalu.  Fesyen di Indonesia bertudung memang tidak lari dari wanita ini, dan juga ransel (beg sandang) berwarna ungu tersangkut di pundaknya. 
Lalu sebagai menandakan tertautnya ikatan persahabatan antara dua Negara satu bangsa dan juga satu agama, aku menghulurkan tangan.  Salam perkenalan kami petang itu di bumi Jakarta Selatan terus berlarutan dengan perbualan yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan.  Ternyata, aku mendapat banyak informasi menarik mengenai Negara Indonesia ini dari Ibu Maudy yang layak aky bahasakan sebagai “kakak” sahaja.


Aku rasa hampir setengah jam perbualan kami berterusan sehingga kelibat Badria masuk ke surau.  Aku mengerjakan solat Zuhur dahulu sebelum berpamitan dengan wanita itu untuk pulang ke asrama.  Lagi dua hari kertas pertama aku bermula, aku perlu study.  Satu-satunya harapan mama dan abah untuk melihat anaknya ini berjaya tidak akan aku persiakan.  Moga Allah tuntuni segala perjalanan hidupku.


Friday, September 19, 2014

HITAM PUTIH CINTAKU (BAB 4)

BAB 4

                KLCC. Rasanya, hamper enam bulan tidak menjejakkan kaki ke sini.  Rindunya Malaysia.  Aku tersenyum puas.  Hampir tiga hari sudah aku pulang ke Malaysia. Berbaki tiga hari untuk aku pulang ke Jakarta kembali.  Revision untuk final exam lebih kurang 40% yang tinggal.  Apa khabar agaknya Badria di sana.  Kali terakhir aku skype dengan gadis itu dua hari lepas.  Dina kalau pulang ke Malaysia, memang dia lupa segala-galanya di Jakarta. 

                Naqib dan Fiska menemaniku berjalan-jalan petang ini.  Nyaman sungguh sih sebegini.  Aku tersenyum sendirian.  Fiska adalah adik keduaku, manakala Naqib adalah adik bongsuku.  Memang sudah terbiasa aku pasti akan meluangkan sedikit masa untuk mereka bila pulang ke Malaysia. Mama dan abah kata hendak berdua-duaan di rumah.  Aku tersenyum lagi.  Talifon dari kocek beg tangan aku ambil untuk membuka facebook.  Di belakang talifon, terselit kertas kecil.  Aku amati isi kertas itu.  Nombor talifon dan tertera nama “Iman Arsyad”.  Ingatan teralih pada dua kali pertemuan dengan lelaki itu.  Dasar lelaki, jumpa perempuan, bagi nombor talifon. Taktik hendak mengurat la tu. Aku mencebikkan bibir, orang tua kata, kalau jodoh tak kemana.  Jadi no point la aku kena simpan nombor mamat ni.  Kertas kecil itu aku renyukkan dan membuangnya ke dalam tong sampah.

                Old Town White Coffee menjadi pilihan kami apabila Naqib mengadu lapar.  Seronok benar mereka berdua apabila di bawa jalan.  Abah kami seorang yang sangat tegas.  Mungkin juga sebab abah adalah bekas askar wataniah.  Jadi kami bertiga telah didik dengan penuh disiplin.  Jika dulu, setiap kali matapelajaran merosot, kami tidak akan di beri duit sekolah.  Jika kami mendapat keputusan cemerlang, abah pasti akan beri ganjaran.  Abah juga seorang yang pendiam, tetapi jangan bangkitkan kemarahannya.  Berbanding mama seorang yang peramah, dan kalau mama marah, kami yang ketawa.  Mama pesara guru.  Selepas membuat pembedahan tonsel di tekaknya, mama terus berhenti kerja.  Beza kami tiga beradik adalah empat tahun.  Mama dan abah sangat mendisplinkan anak-anaknya.  Berbanding Fiska, Naqib seorang yang amat cerdik.

                Aku melambai-lambai ke arah Fiska dan Naqib apabila melihat mereka tercari-cari kelibatku.  Pandanganku beralih arah apabila melihat sesusuk tubuh menghampiri meja kami. 

“ Assalamualaikum Medina Umairah”, sapa lelaki itu.
“ Waalaikumussalam, awak lagi? Awak ekor saya ya?”, aku menembaknya dengan soalan itu.  Iman Arsyad.  Lelaki ini memang sengaja ikut aku kea pa? Baru tadi aku buang nombor talifonnya.
“ Hahaha… perasan awak ni kan.  Sebenarnya talifon saya jatuh tadi, saya nak talifon kawan saya, sebab sudah janji dengan dia, handphone pula tak ada coverage”, lelaki itu menunjukkan iphone 5 nya yang hitam.
“ Jangan guna lama-lama, habis kredit saya nanti”, aku berasa sedikit curiga dengan permintaan Iman, tetapi pada masa yang sama, tanganku mencapai handphone di dalam beg.  Harap aje handphoen mahal, tapi apa pon tak boleh.
Aku melihatnya menekan-nekan keypad talifon dan bercakap-cakap dengan pemanggil.
“ Terima kasih. I think next time I should treat your lunch.  Just call me if your free ok?”, Iman memulangkan semula handphoneku.
“ Terima kasih, tak perlu.  I tak rasa kita jumpa lagi. Ok bye”, kejam sangatkah aku ni, sudahlah tak pelawa dia duduk sekali, ini menghalau lagi.
“ Apa akak ni, ajakah abang tu makan”, ujar Naqib yang kurang selesa dengan sikapku.
“ Tak apalah dik.  I think I should go, next time InsyaAllah..”, Iman berlalu selepas berpamitan.  Aku diam.  Kacau jiwa betul mamat ni, aku tengah selera hendak makan tadi.  Aku sebenarnya, tidak suka dengan lelaki yang cuba mendekati.  Mungkin juga sebab pengalaman lepas, walaupun hanya cinta monyet di alam persekolahan, tetapi impak ditipu berkali-kali buat aku betul-betul serik dengan insan bernama lelaki.

                Malam itu selepas makan malam bersama seisi keluarga, aku meluangkan masa berbual dengan mama. 

“Mama, Dina dah nak balik dah lusa, kejapnya kan?”, aku memegang tangan mama.
Rindu benar pada insan yang mengandungkanku selama 9 bulan, melahirkanku, menyusukanku, dan yang paling penting mendidikku sehingga aku sekarang da besar panjang ini.
“ Lagi berapa lama Dina dekat sana?”, lagi dua bulan, lepas tu cuti semester mama”, aku menjawab pertanyaan mama.  Nampak wajah mama sedikit sugul, mungkin sedih anak sulunhnya ini akan pulang beberapa hari lagi.  Jika nak dibandingkan, wajah aku memang tidak mengikut wajah mama, mama berwajah jawa cina, aku mungkin lebih mengikut wajah abah.
“ Dina kena belajar rajin-rajin, kita bukan dari keluarga kaya-raya, ilmu itu harta kita saying.  Mama selalu pesan dekat semua anak mama, jaga diri, ingat Allah, jangan tinggal solat. Faham?”, mama selalu mengingatkan anak-anaknya tentang nasihat ini.
“ Dina sentiasa ingat mama”, aku memeluk bahu mama.  Sayangnya aku pada insan ini, hanya Allah sahaja yang tahu.


                “Apa semua ini Imran?  Kau selama ini main-mainkan aku?”, muka aku sudah kemerahan menahan marah.  Aku paling benci ditipu dengan cara yang paling keji sebegini. 
“Depan aku, kau bukan main tunjuk alim, siapa perempuan ini?”, suara aku sudah menggila.
“ Dina, dengar dulu apa saya nak cakap”, Imran merayu.  Mukanya sudah pucat lesi.  Mungkin terkejut taktiknya menduakan aku selama ini sudah terbongkar.  Saat itu aku rasa akulah insan paling bodoh di dunia ini.  Sebelum ini, ramai rakan sekelasku sudah memberitahuku, cuma selagi aku tidak nampak dengan empat mata ini, aku tidak mahu percaya.  Tetapi hari ini, Allah sudah singkap segala-galanya.
“ Oklah macam ni, aku rasa selama ini aku buta menilai perangai kepura-puraan kau depan aku.  Aku tak mahu jadi perempuan yang rendah moralnya sebab perangai buruk kau ni.  Mulai sekarang, kau boleh berambus dari hidup aku.  Aku jijik tengok muka kau Imran.  Kalaulah aku lelaki, memang dah lama kau aku debik”, aku menenagkan diri yang sedang tertekan.
Kelihatan perempuan disebelahnya tertunduk malu.  Manakan tidak, junior sekolahku, panasnya hati aku waktu itu.  Sebelum ini, memang aku pernah dengar cerita tentang mereka, tetapi aku buat tidak ambil peduli.  Sebab padaku Imran adalah seorang yang disegani di sekolah.  Dia bukan sahaja ketua pengawas, malah dia juga aktif bersukan.  Kalau di sekolah, dialah pelajar kesayangan guru-guru. 
Aku berkenalan dengan Muhammad Imran seawal tingakatan empat, apabila aku memasuki sekolah berasrama penuh.  Dia banyak membantuku dalam pelajaran, dia juga yang mencalonkan namaku menjadi pengawas semasa di tingkatan lima. Perasaan kagum kepada prestasi pembelajarannya bertukar menjadi sayang.  Tetapi dalam kepandaiannya itu, terselit beberapa cerita mengatakan dia playboy.  Cuma pada waktu itu, aku belum nampak dengan mata kepalaku, jadi aku tidak hiraukan apa jua cakap-cakap belakang, dan sekarang, semua bukti sudah di depan mata. 
Wajah hitam manis juniorku aku renung.   Tidak ada guna kau terjerit-jerit Dina, mungkin dia bukan jodoh untuk dikau.

                Waktu datangnya kemaslahatan itu, aku agak stress.  Tetapi pesan mama dan harapan abah untuk melihat aku berjaya sentiasa aku ingat.  Selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, aku mendapat tawaran menyambung pelajaran ke UiTM dan terus terbang ke Jakarta untuk meyambung Master.  Luka dahulu masih ada parutnya.  Perasaan sayang pada Imran sudah tiada, cuma luka masih terasa.  Segala penipuannya terlayar setiap kali ada cuba lelaki datang mendekati.  YaAllah, moga Dikau hapuskanlah kesengsaraan yang aku rasai ini.


          Lamunanku terhenti apabila bunyi talifon bimbit berbunyi.  Nombor tidak dikenali di skrin pemapar.  Aku biarkan dari deringan yang panjang berbunyi itu berhenti.  Sekali lagi talifonku berbunyi.
“ Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan Medina?”, suara garau pemanggil kedengaran.
“ Waalaikumussalam, yup, speaking’, jawabku ringkas.
“ Tak kenal ke?”, suara garau itu berteka teki pula.
“ Siapa ni? Jangan nak main-main boleh tak?”, suar serius aku sudah bertukar.
“ Iman Arsyad speaking here.  Awak ni memang setiap hari bendera merah ya?”, kedengaran ketawa halus dari lelaki itu.
“ Mana awak dapat nombor saya ini? Awak buka buku directory mana?”, pelbagai pertanyaan bersarang di benakku.  Mana pula mamat ni dapat nombor aku.
“ Bukan ke awak yang bagi?”, ketawa Iman membuat hatiku makin sakit.
“ Ada apa-apa lagi nak cakap? Saya dah mengantuk sangat”, aku menguap sekuat hati seolah-olah memang terlalu mengantuk.  Buruk benar perangai kau Dina menguap macam tu.
“ Oklah.  Good nite.  Sweet dream princess. Assalamualaikum.”, aku terpana apabila Iman mengucapkan sweet dream princess.  Talifon bimbit yang sudah dimatikan itu, aku amati perlahan.  Lelaki ini ingat aku akan cair secepat itu? Dasar lelaki.  Aku mencampakkan talifon bimbitku di atas meja, dan terus menunaikan hajat tidur yang tertangguh sebentar tadi.


Thursday, September 18, 2014

HITAM PUTIH CINTAKU (BAB 3)

BAB 3

                Kulliyyah Ibu Sulastri tengahari itu tamat jam 12:30 petang.  Aku terus berkemas dan ingin terus pulang ke bilik.  Flight pulang ke Malaysia jam 7:00 malam.  Kami diberi seminggu cuti semester untuk mengulangkaji pelajaran sebelum tiba final examination.  Badria termengah-mengah di belakang mengejarku.

“ Kau dah kenapa Dina, jalan terus laju, macam robot aku tengok”, ngomel Badria.
“ Aku kena ada dekat bandara jam 3:00 petang la Bad, kalau lambat, masak aku.  Tiket flight baru dah la mahal”, aku berhenti seketika menunggu Badria mara ke hadapan.
“ Kalut sangat kau ni Dina”, Badria mengelap peluhnya yang menitik.

Kebetulan pada masa itu, Bas Kuning atau dikenali di sini dengan nama (Bikan) melintasi kami, segera aku tahan, dan naik.  Bikan adalah pengangkutan rasmi di sini dari jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam.  Jika angin malas ku datang, Bikan adalah pengangkutanku, kalau angin rajin melanda, satu kampus aku pusing dengan jalan kaki.


Jam menunjukkan 3:30 petang.  Alhamdulillah, selamat sampai di Bandara, Terminal 2 jam 2:45 petang tadi.  Terus aku ke kaunter check in baggage untuk mendaftar beg yang aku bawa.  Selepas tiba di asrama tengahari tadi, aku dan Dina terus mengangkat beg dan keluar dari kampus.  Aku mengambil keretapi ke Kota Jakarta, dan Badria ke arah Bandung.  Aku sengaja tidak menaiki teksi kerana aku tahu, jika aku menaiki teksi memang aku menempah maut dengan menghadap traffic jammed waktu sebegini.  Lagipon, penjimatan kos juga boleh dijimatkan dengan menaiki keretapi sebanyak Rp 100,000 lebih kurang RM 30.00.  Kehidupan sebagai pelajar memerlukan aku lebih berjimat cermat bukan sahaja dengan kos di kota ini yang agak tinggi tetapi penjimatan masa.

Aku meninjau-ninjau sekitar deretan kedai di airport.  Aku singgah di kedai serbaneka membeli snek untuk dikunyah.  Jam di tangan dikerling sekilas.  Tiba-tiba aku baru teringat, aku belum menunaikan solat Asar lagi, waktu sudah mahu menjangkau ke jam 4 petang.  Terus aku meluru ke surau di aras 2.  Sedang aku gopoh melangkah, tiba-tiba aku terlanggar susuk tubuh seorang lelaki yang memakai baju putih.  Beg dan topi yang dipegangnya terjatuh ke atas lantai.  Cepat-cepat aku menolongnya mengutip, aduh,..malunya nak angkat muka, ceroboh sangat kau ni Dina.

“Maaf pak, saya nak cepat.  Tak sengaja”, aku mengembalikan kembali beg yang ku kutip tadi.
It’s ok”, lelaki itu membalas.  Aku kaget.  Lah, mamat yang aku jumpa dekat stesen bas hari itu.
“ Eh, awak. Kenapa macam rushing je tadi?”, lelaki itu terus perhatikanku.  Aku mengecilkan mata, dari atas ke bawah aku pandang.  Mamat ni pilot ke? Gila handsome. Afgan aku pon kalah macam ni. Aku bermonolog sendirian.
“ Sebenarnya, saya nak ke surau ni.  Saya nak solat Asar”, aku memberitahunya jujur.  Ye la, lupa tujuan asalku hendak ke surau tadi.  Aku menepuk dahi.
“ Patutlah.  Nak pergi somewhere ke ni? Tak kan nak sopping dekat airport?”, lelaki itu tersengih, sambil menaikkan keningnya sedikit.
 Aduhai, lama-lama pandang wajah handsome lelaki dihadapnnya ni, boleh tergugat Iman aku.
“ Nak balik Malaysia. Tak apelah awak eh, saya ke surau dulu. Nanti dekat akhirat, malaikat tanya kenapa saya lambat solat Asar hari ini, awak yang akan dipersalahkan, sebab ajak berbual”, selamba badak aku menjawab.
“Hahahaha… Baiklah. Nice to meet you clumsy girl”, lelaki itu gelak besar.
What the fish?? Clumsy girl??  Tetapi seminit kemudian aku tersenyum.

 Aku berlalu selepas itu dan terus menuju ke surau.  Dalam otak fikiranku berkira-kira mengenai lelak itu.  Patutlah smart semacam, pilot rupanya.  Handsome jugak, tapi sayang mulut tak ada insurance. Kalau jadi suami aku, tahu la macam mana aku nak insurancekan mulut kau.  Eh, sampai ke situ pulak fikirnya kau Dina, sudah, jom solat.



                                                                                    AKAN BERSAMBUNG KE BAB 4- NURIS-